A. Aida Tanggung Rugi Sikap Lalai Pengarah Drama

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 1:51 PM

A. Aida berang dengan pengarah Shuhaimi Lua apabila gagal melunaskan tanggungjawab mengarahkan drama bersiri Puteri Gunung Ledang seperti diminta. Foto SHAARI CHE MAT/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerbit drama A. Aida terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM30,000 ekoran sikap sambil lewa pengarah Shuhaimi Lua kerana terlepas pandang banyak adegan ketika mengarahkan drama bersiri berjudul Puteri Gunung Ledang.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 44, berkata, dia berang apabila mendapat tahu pengarah itu tidak merakam 100 adegan dalam drama berkenaan sehingga menjejaskan jalan ceritanya.

"Skrip Puteri Gunung Ledang saya sendiri yang tulis jadi semasa sesi suntingan bersama editor saya pelik kerana 100 babak tiada dan ia menjejaskan karya tersebut.

"Semua 100 babak itu adalah penting kerana ia saling berkaitan dan saya tidak faham kenapa dia sambil lewa dalam tugasnya sebagai pengarah sehingga saya terpaksa menanggung kerugian kerana perlu membuat penggambaran semula," katanya kepada mStar Online.

A. Aida berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, Ahad.

Puteri Gunung Ledang  membariskan pelakon seperti Atikah Suhaimi, Ammar Alfian, Sabhi Saddi, Aida Khalida, Amyza Aznan, Mimi Ernida, Idris Khan dan Keena Mentor.

A.Aida (duduk tengah) bersama barisan pelakon yang menghadiri majlis berbuka puasa di Pusat Konvensyen Sime Darby pada Ahad.

Ia disiarkan menerusi saluran Internet, HyppSensasi (116) bermula 15 Jun lalu yang keudara pada setiap hari Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam.

Dalam pada itu, A. Aida yang juga pemilik A.Aida Productions berkata, dia terpaksa meminta artis terlibat menjalani semula penggambaran babak yang tidak dirakam biarpun sedar kesibukan masing-masing dengan tugas lain termasuklah bakal menyambut Syawal tidak lama lagi.

Katanya lagi, pihak produksi juga terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi tujuan tersebut dan tindakan Shuhaimi itu jelas mendatangkan pelbagai kesan kepadanya.

"Bayangkan 100 babak saya hendak rakam kembali dan ia bukannya percuma dan perlu kos yang tinggi tetapi tidak mengapa kerana ada hikmah dan pengajaran saya bertemu dengan individu sebegini.

"Alhamdulillah pelakon-pelakon juga memberikan komitmen untuk menyelesaikan baki penggambaran biarpun sibuk dengan tugas lain," ujarnya.

Sementara itu, A. Aida berkata, dia ada bertanya sendiri kepada Shuhaimi berhubung perkara itu namun kecewa dengan jawapan diberikannya.

Jelas A. Aida, Shuhaimi bersikap tidak bertanggungjawab selain menyalahkan pihak lain termasuk penolong pengarah yang kononnya tidak memaklumkan adegan yang tidak dirakam itu kepadanya.

"Dia sebagai pengarah patut lebih tahu sekiranya ada babak yang tertinggal dan bukannya menyalahkan orang lain apabila disoal tentang kehilangan 100 babak drama berkenaan.

"Pelakon yang terlibat pula berasa pelik kerana penggambaran tiba-tiba selesai kerana mereka sedar masih banyak babak tidak diselesaikan. Kepercayaan dan amanah yang saya berikan dibuang begitu sahaja dan itu adalah kali pertama dan terakhir A. Aida Production bekerjasama dengan dia," tegasnya.


Shuhaimi Lua
'Saya Tidak Lari' - Shuhaimi Lua

Dalam perkembangan sama, Shuhaimi yang dihubungi menjelaskan dia bersedia untuk mengarah semula baki babak drama tersebut dan hasrat itu sudah dijelaskan kepada A. Aida.

Malah kata Shuhaimi, dia tidak pernah melarikan diri daripada masalah dibangkitkan kerana menganggap isu tersebut perkara biasa dalam sesebuah produksi.

"Apabila anda berurusan dengan drama bersiri sebanyak 30 episod dengan lebih 1,300 babak untuk dirakam, ia bukan kerja pengarah untuk ingat semua benda tambahan pula saya hanya diberi masa dua bulan untuk menyiapkan drama berkenaan.

"Seratus babak yang tiada seperti diperkatakan itu sebenarnya hanya sekitar lapan peratus sahaja tidak dirakam dan saya bertanya bahagian mana yang tidak ada dan saya ada masa lapang sepanjang Ramadan untuk melakukan penggambaran semula," ujarnya.

Tambah Shuhaimi, dia juga tidak pernah menyalahkan penolong pengarah drama seperti mana diperkatakan dan menganggap masalah yang timbul melibatkan seluruh produksi.

Bagaimanapun Shuhaimi mengakui konsentrasinya terganggu kerana dalam tempoh yang sama A. Aida memintanya mengarahkan sebuah lagi telefilem berjudul Ramadan Jangan Tinggalkan Kami ketika dia sibuk di lokasi Puteri Gunung Ledang.

"Saya pada dasarnya tidak menyalahkan sesiapa berhubung isu berkenaan seperti didakwa kerana produksi adalah kerja berpasukan dan kita saling membantu sekiranya timbul sesuatu masalah.

"Tumpuan saya juga terganggu apabila terpaksa buat dua benda dalam satu masa dan kebimbangan itu pernah saya luahkan kepadanya tetapi tidak diendahkan," jelasnya.

Shuhaimi berkata, biarpun sedar kerjayanya bakal menerima kesan ekoran insiden berkenaan namun dia yakin kejadian itu banyak memberi hikmah dan pengajaran.

"Ini kali pertama sepanjang bergelar pengarah saya terpalit dengan perkara seperti ini tetapi tidak mengapa ia adalah satu ujian buat saya pada bulan Ramadan yang mulia ini.

"Insya-Allah masih ada ruang untuk saya kerana sudah banyak kerjasama saya jalinkan dengan produser sebelum ini dan sekiranya ada masalah pun ia dapat diselesaikan secara baik," katanya.
Tags / Kata Kunci: A.Aida , Shuhaimi Lua , Puteri Gunung Ledang.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan