Yusof Haslam Ambil Serius Gerak Khas Dikritik Tidak Relevan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2015 4:00 AM

Datuk Yusof Haslam

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit drama Gerak Khas Datuk Yusof Haslam mengambil serius komen negatif terhadap karya tersebut yang dianggap masih lagi memaparkan isi kandungan klise selain drama itu dianggap tidak lagi relevan ketika ini.

Yusof berkata, dia tidak marah dengan mana-mana komen buruk mengenai produk-produk drama mahupun filem yang diterbitkannya di bawah Skop Production, namun akan cuba memperbaiki kelemahan seperti yang ditulis di laman sosial.

"Saya tidak marah jika orang beri komen Gerak Khas tidak bagus atau tidak relevan lagi kerana saya terbuka dengan sebarang pandangan.

"Malah jika komen tersebut logik, saya mengambil serius untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada. Setakat kritikan yang kecil, tidak ada apa-apa masalah.

"Itu menunjukkan mereka menonton Gerak Khas dan kerana dari situlah mereka memberi komen," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Yusof diminta mengulas mengenai komen seorang individu di Facebook yang meminta agar siaran Gerak Khas dihentikan kerana dianggap tidak lagi relevan.

Individu berkenaan memberi beberapa ulasan iaitu penceritaan drama tersebut terlalu klise sehinggakan penonton sudah boleh mengagak plot pengakhiran cerita setiap episod yang disiarkan.

Malah siri yang mendapat kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dibandingkan dengan drama terbitan antarabangsa seperti CSI, Eleventh Hour dan Hannibal yang dianggap jauh lebih kreatif berbanding Gerak Khas.

Komen individu yang tidak senang dengan drama Gerak Khas di Facebook.

Sementara itu, Yusof berkata, individu berkenaan bagaimanapun tidak patut membandingkan karya tempatan dengan luar negara memandangkan siri-siri antarabangsa itu dihasilkan dengan teknologi yang serba canggih selain industri perfileman mereka jauh lebih maju berbanding di Malaysia.

"Jangan samakan kita dengan negara luar. Mereka lain, kita lain. Begitu juga dengan komen individu itu mengenai cara produksi Gerak Khas menunjukkan cara kerja PDRM yang sentiasa dilihat baik.

"Perlu diingat kita diikat dengan peraturan di mana pembikinan Gerak Khas berdasarkan integriti.

"Malah skrip Gerak Khas perlu mendapatkan kelulusan daripada PDRM sebelum penggambaran dimulakan. Tidak dinafikan, saya juga ada memaparkan mengenai beberapa sikap buruk segelintir polis dalam siri itu," tegasnya.

Drama Gerak Khas  musim baharu disiarkan di TV2 pada setiap Jumaat (pukul 9 malam) sejak 15 Mei lalu.

Selain Yusof sendiri pelakon lain yang terlibat termasuklah Norman Hakim, Salina Saibi, C Kumaresan, Nizen Ayob, Afiq Muiz dan Shanorbiah Shamsir.


Tags / Kata Kunci: Yusof Haslam , Gerak Khas

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan