Bintang Popular Meriahkan Program Menarik Syawal Di TV3 & TV9

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2015 12:32 AM

Barisan artis yang terlibat dalam program-program raya TV3 & tv9.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bersempena kedatangan bulan Syawal, Media Prima Berhad menerusi dua stesen miliknya, TV3 & TV9 bakal menampilkan telefilem-telefilem menarik istimewa buat penonton saluran berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya telah menyusun kandungan program terbaik sepanjang minggu pertama dan kedua menerusi drama eksklusif yang menampilkan barisan pelakon popular tanah air.

"Tahun ini TV3 akan mengandingkan bintang-bintang lama dan baharu popular menerusi telefilem istimewa pada minggu pertama dan kedua raya nanti.

"Selain itu, kita juga menyiarkan program Raudhah, majalah & dokumentari, program variasi, seleksi filem-filem blockbuster luar negara dan program animasi khusus untuk kanak-kanak," ujarnya pada majlis sesi prebiu media Syukur Selalu Syawal TV3,TV9 & Tonton 2015, di Hotel Istana, di sini, Rabu lalu.

Sementara itu, telefilem eksklusif yang bakal ditayangkan bermula 16 Julai ini ialah Jodoh Ke Uolls  lakonan Amar Baharin, Izreen Azminda, Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad.

Shukri Yahaya bakal muncul dalam dalam Gerobok Raya.

Tidak ketinggalan Gerobok Raya (Eja, Zamarul Hisham dan Shukri Yahaya), Sebelum Takbir Bergema (Shahz Jaszle, Amar Asyraf dan Siti Elizad), Abang Sado Kau Ado? (Adiba Yunus dan Sharnaaz Ahmad) dan Rindu Awak 200% (Zul Ariffin dan Ayda Jebat).

TV3 turut menyediakan program hiburan, variasi dan muzikal terbaik seperti Meh! raya Meh!, Dapur Panas VS 5 Rencah 5 Rasa, Melodi Raya, Anugerah Juara Lagi, Ye Ke? Raya dan Mentor Legend Raya.

Bagi kanak-kanak, program khas dibawakan oleh Banannana! seperti Boboiboy Eksklusif Raya, Super Squad, The Amazing Awang Khenit, Upin & Ipin Raya dan Geng Pengembaraan.

Sementara itu, TV9 meneruskan tradisi menyediakan tiga drama tradisi eksklusif menerusi slot 12.30 tengah hari iaitu Ramadan Berteduh Syawal lakonan Beto Kusyairy, Sari Yati dan Zahiril Adzim, JoyahTak Balik Malam Raya (Jasmin Hamid, Kazar Saisi dan Bell Ngasri) dan Misiku Kubur (Joey Daud, Azrel Ismail dan Kilafairy).

Kempen Syukur Selalu dirancakkan dengan iklan raya Syukur Selalu menggabungkan empat iklan pendek di mana penonton bakal mengetahui jalan ceritanya secara menyeluruh apabila menonton keempat-empat iklan pendek tersebut.

Bagi yang tidak sempat menonton program di televisyen mereka boleh menontonnya menerusi portal dalam talian iaitu www.tonton.com.my
Tags / Kata Kunci: TV3 , TV9 , Syukur Selalu

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan