Masalah Ekonomi Beri Kesan Perniagaan Siti Nurhaliza

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 1:17 PM

Siti Nurhaliza mengakui ketidakstabilan ekonomi negara sejak akhir-akhir ini memberi kesan kepada perniagaannya. Foto ROHAIZAT DARUS/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui ketidakstabilan ekonomi negara sejak akhir-akhir ini turut memberi kesan terhadap dirinya terutama dalam bidang perniagaan.

Siti berkata, sebagai orang yang menguruskan produk kecantikan Simplysiti dan fesyen iaitu Kallista, dua perniagaan tersebut sedikit terganggu memandangkan pembeli perlu berjimat cermat dalam perbelanjaan.

"Diakui, saya terasa dengan ekonomi yang tidak menentu lebih-lebih lagi dalam perniagaan.

"Sudah tiba masanya kita perlu berjimat cermat dalam segala hal. Kurangkan perbelanjaan yang melibatkan kehendak diri agar kita tidak terbeban dengan perkara lain," katanya kepada mStar Online.

Siti ditemui pada majlis pelancaran album Unplugged Siti Nurhaliza di Dutches Place Ampang, di sini pada Rabu.

Album tersebut merupakan hasil rakaman daripada Konsert Unplugged Dato' Siti Nurhaliza yang berlangsung pada 7 April lalu. Sejak dipasarkan pada Selasa lalu, album berkenaan telah terjual sebanyak 5,000 unit.

Siti bersama Pengarah Urusan Universal Music Sdn Bhd Kenny Ong (tengah) dan Pengurus Domestik Universal Music Malaysia, Mujahid Abdul Wahab (kanan) pada pelancaran album Unplugged Siti Nurhaliza.
Dalam pada itu menurut Siti, album berkenaan dihasilkan bersempena 20 tahun penglibatannya dalam karier seni muzik dan pembikinan album unplugged bukannya mudah kerana perlu memastikan nyanyiannya ketika konsert tiada cacat cela selain kualitinya seperti pembikinan album studio.

"Saya perlu memastikan pemilihan lagu juga bertepatan dengan citarasa penonton agar mereka dapat menyanyi bersama-sama dengan saya serta terhibur.

"Lebih penting, mood penonton juga kena jaga. Barulah rakaman konsert itu untuk dimuatkan dalam album unplugged menjadi.

"Saya rasa ianya tidak susah kerana saya mahukan cabaran dalam setiap kerja yang dilakukan," ujarnya.

Album tersebut memuatkan sebanyak 18 trek lagu termasuklah tiga lagu baharu iaitu Menatap Dalam Mimpi, Engkau dan Mikraj Cinta.

Dalam pada itu, ia juga dicetak dalam bentuk piring hitam buat pertama kalinya dan dijangka berada di pasaran selepas Aidilfitri.

Peminat juga boleh memuat turun melalui laman iTunes dan semua platform digital lain seperti Spotify, Deezer dan KKBox.

Album itu dihasilkan dengan kerjasama Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd dan Universal Music Sdn Bhd.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan