Nad Zainal Jual Sambal Bilis Sempena Ramadan

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2015 5:00 AM

Nad menjual sambal bilis bersempena Ramadan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jika selebriti lain memilih pakaian atau pun tudung sebagai produk utama jualan bersempena Ramadan, lain pula dengan aktres kecil molek Nad Zainal.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, mengambil keputusan untuk mengetengahkan sambal bilis kering untuk dijual kepada pelanggan.

Katanya, selain ia mudah disediakan makanan tersebut tahan lama dan mempunyai rasa yang cukup sedap.

"Sambal berkenaan bukan saya yang buat tetapi ada kenalan dan saya cukup gemar dengan makanan itu sehingga membuatkan tertarik untuk menjualnya kepada pelanggan.

"Alhamdulillah sambutan terhadap sambal ikan bilis kering itu mendapat perhatian pengunjung yang datang ke gerai saya," katanya.

Nad bersama sambal bilis yang dijual di bazar Ramadan.

Pelakon drama Mawar Putih Tanda Perpisahan itu membuka dua buah gerai di Seksyen 13, Shah Alam dan di Laman Santai, Istana Budaya bersempena Santai Lebaran Fiesta 2015.

Acara berkenaan berlangsung dari 25 Jun hingga 16 Julai depan.

Dalam pada itu, Nad berkata, selain sambal ikan bilis kering, dia juga turut menjual baju kurung daripada jenama Sharifah Kirana dan tudung Misswishwardrobe.

"Ini bukanlah kali pertama saya berniaga dan pengalaman itu sangat menyeronokkan selain dapat bertemu dengan peminat yang berkunjung ke gerai jualan saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nad berkata, sepanjang Ramadan tahun ini, dia akan memperlahankan karier lakonannya bagi memberi tumpuan kepada perniagaan.

Pun begitu kata Nad, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran dua buah drama iaitu Rumah Kecil Untuk Tuhan dan Dia Ibuku untuk siaran Aidilfitri nanti.

Tags / Kata Kunci: Nad Zainal.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan