Liyana Jasmay Terkesan Lihat Penderitaan Kanak-Kanak Berpenyakit Ganjil

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2015 5:03 AM

Liyana (berdiri, tiga dari kiri) bersama pesakit kanak-kanak ganjil dan jarang dijumpai yang diadakan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Sabtu. Foto: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay mengakui terkesan apabila melihat kesengsaraan kanak-kanak yang dilahirkan dengan penyakit ganjil dan jarang ditemui sehingga ada yang sukar menjalani kehidupan normal dan memerlukan rawatan kos tinggi.

Liyana, 26, berkata, oleh kerana itu juga dia terpanggil untuk bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi menerusi projek amal iaitu Emel by Melinda Looi yang diadakan bagi mengumpul dana untuk membantu meringkan beban golongan kurang bernasib baik itu.

"Saya sendiri seorang ibu dan melihat kesengsaraan kanak-kanak tersebut membuatkan saya terkesan.

"Projek bersama Melinda diharap dapat membantu mengurangkan beban keluarga mereka dari segi pembelian ubat-ubatan dan rawatan di hospital," katanya kepada mStar Online.

Liyana ditemui pada Majlis Amal Emel by Melinda Looi bersama pesakit kanak-kanak ganjil dan jarang dijumpai yang diadakan di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini, Sabtu.

Menerusi projek Emel by Melinda Looi sebahagian daripada hasil jualan koleksi raya Emel x Emma Maembong dan Emel x Liyana Jasmay akan disumbangkan kepada wad kanak-kanak penyakit ganjil dan jarang jumpa hospital berkenaan.

Penyakit berkenaan lazimnya melibatkan sakit kronik, memudaratkan, melarat dan membahayakan nyawa selain menjadikan seseorang kurang upaya.

Dalam pada itu, Liyana berkata, dia berhasrat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyakit berkenaan yang jarang diberi perhatian berbanding penyakit lain.

Malah kata Liyana, masih ramai tidak mengetahui mengenai kewujudan penyakit berkenaan yang menyerang seorang daripada 4,000 rakyat Malaysia.

"Di Malaysia sahaja dianggarkan tiga hingga lima peratus bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan ketika dilahirkan dan sebahagian daripadanya adalah mempunyai penyakit ganjil dan jarang dijumpai.

"Adalah menjadi hasrat saya menerusi program diadakan oleh Melinda ini untuk menghebahkan tentang perkara ini sekaligus dapat mengumpulkan lebih banyak dana bagi membantu golongan berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, Melinda ketika ditemui memberitahu, projek berkenaan adalah salah satu usaha kecil daripad pihaknya untuk membantu memandangkan kos perubatan yang tinggi diperlukan untuk merawat pesakit.

Jelas Melinda lagi, visi utamanya adalah untuk mendapatkan sokongan dan meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat berhubung isu berkenaan.

"Ada sesetengah pesakit memerlukan kos hampir RM1,000 sebulan hanya untuk membeli ubat dan kebanyakkan ibu bapa bukan datang daripada keluarga berada.

"Emel by Melinda Looi adalah satu usaha kecil dan murni daripada kami bersempena Ramadan ini untuk membantu mengumpul dana sekaligus meningkatkan kesedaran masyarakat," jelasnya.

Koleksi emel x Liyana Jasmay dan Emma Membong boleh didapati menerusi www.emelbymelindalooi.com atau pun di butik yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar Kuala Lumpur.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan