Ummi Nazeera Anggap Percintaan Buang Masa

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2015 3:00 AM

Ummi menganggap fasa percintaan dalam sesuatu hubungan hanya membuang masa. Foto SHA'ARI CHE MAT/THE STAR.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ummi Nazeera menganggap fasa percintaan dalam sesuatu hubungan sebagai membuang masa dan sebolehnya dia enggan mengharungi proses berkenaan.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 25, sebaliknya berkata, dia percaya percintaan selepas berkahwin itu lebih indah dan manis.

"Jujur saya katakan, bercinta itu buang masa kerana kita belum tahu apa pengakhiran kepada hubungan tersebut dan saya sendiri sebolehnya tidak mahu melalui fasa itu dan lebih baik bercinta selepas kahwin," katanya.

Bagaimanapun kata Ummi, sebagai manusia biasa bukan bererti dia mengelak daripada bergaul dengan lelaki sebaliknya menganggap hubungan yang terjalin sebagai persahabatan.

Malah katanya, pada usia sekarang dia juga sudah mula berfikir soal jodoh dan ingin hidup berkeluarga seperti mana orang lain.

Ummi mahu bercinta selepas mendirikan rumah tangga.


"Pada usia saya sekarang tipulah kalau tidak ada berkawan dengan sesiapa tetapi bagi saya mudah, selagi tidak berkahwin saya masih solo dan bukan kepunyaan mana-mana lelaki.

"Saya lebih selesa menganggap hubungan yang terjalin itu sebagai persahabatan," jelasnya.

Bercakap mengenai sambutan bulan Ramadan, Ummi memberitahu bulan puasa adalah peluang untuknya meningkatkan ketakwaan terhadap Allah selain memperbaiki diri.

Jelas Ummi, seperti kebanyakkan orang lain, Ramadan disambut sederhana dan dia memilih untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

"Ramadan adalah bulan paling istimewa dan inilah peluang untuk saya memperbaiki diri dan memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya.

Pelakon berusia 25 tahun ini bakal menyambung pengajian di peringkat Sarjana pada September depan.


"Biarpun ada penggambaran yang perlu dilunaskan namun saya sentiasa mencari ruang untuk bersama keluarga dan melakukan aktiviti seperti solat Terawih dan berbuka puasa bersama-sama mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ummi berkata, pada September depan dia akan kembali menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

"Insya-Allah jika tiada halangan saya mahu sambung belajar September ini dan kali ini akan masuk ke universiti di Malaysia sahaja," katanya.
Tags / Kata Kunci: Ummi Nazeera.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan