Shah Iskandar Akui Fida Ibrahim Baik, Penyayang - Berita Hiburan | mStar

Shah Iskandar Akui Fida Ibrahim Baik, Penyayang

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 5:01 AM

Shah hanya menganggap aktres Fida Ibrahim sebagai teman biasa sahaja. Foto SHA'ARI CHE MAT/THE STAR.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Shah Iskandar menyangkal gosip kononnya sedang bercinta dengan aktres Fida Ibrahim namun memuji sikap artis itu seorang yang baik dan penyanyang.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33, dilihat mesra ketika menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Sony Music minggu lalu namun menjelaskan dia dan Fida sekadar teman biasa.

"Acara berkenaan lebih banyak penyanyi dan saya tidak berapa kenal dengan artis-artis lain dan apabila nampak Fida kami duduk semeja.

"Memandangkan kaki saya tercedera dia juga ada membantu pegangkan barang milik saya tetapi itu bukan bermaksud kami bercinta tetapi teman biasa sahaja," katanya kepada mStar Online.

Fida mengakui sedang mengenali hati budi Shah.


Sebelum ini, gosip turut menyebut pasangan berkenaan sedang mengenali hati budi masing-masing dan sering dilihat bersama sejak akhir-akhir ini.

Malah Fida yang ditemui pada majlis sama mengakui sedang mengenali hati budi Shah dan pemuda itu adalah insan paling rapat dengannya ketika ini.

Dalam pada itu, Shah memberitahu, dia selesa berkawan dengan Fida kerana aktres itu seorang yang mengambil berat dan penyayang.

"Dia seorang teman yang baik dan penyayang tetapi itu tidak bererti kami bercinta. Biarlah perkara itu ditentukan oleh jodoh," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Fida Ibrahim , Shah Iskandar.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan