Ungku Ismail Jawab Insiden 'Tarik Muka' Di Lokasi Fotografi

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 12:37 PM

Ungku Ismail terkilan tuduhan tidak benar dilemparkan kepadanya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ungku Ismail terkilan dituduh bersikap tidak profesional apabila sanggup ‘tarik muka’ sepanjang sesi fotografi sebuah penerbitan majalah.

Ungku Ismail atau nama sebenarnya Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz, 30, berkata, tuduhan itu hanyalah publisiti murahan kerana dia  tidak pernah bersikap seperti yang diperkatakan.

"Saya tak gemar kepada publisiti murahan seperti ini kerana saya jaga reputasi kerja dengan baik. Tetapi bila cerita itu keluar, saya jadi ‘sentap’ dan tak boleh terima,” katanya kepada mStar Online.

Menerusi ruangan pojok sebuah akhbar mingguan Ahad lalu, Ungku Ismail dilaporkan lewat tiba tiga jam bagi menjalani sesi fotografi sebuah penerbitan.

Laporan berkenaan menyebut, pelakon drama bersiri Teman Lelaki Upahan itu turut menunjukkan wajah masam sepanjang fotografi tersebut dijalankan.

Ungku Ismail turut mengirimkan kepada mStar Online cetakan paparan skrin mesej penjelasannya mengenai sesi fotografi yang dilakukan.

Menurut Ungku Ismail, memandangkan hanya satu sesi fotografi sahaja yang dilakukannya, dia dapat mengagak pihak mana yang menyebarkan berita tidak tepat itu.

Katanya, bagi memenuhi permintaan dalam sesi fotografi tersebut, dia telah memaklumkan lebih awal kepada pihak berkenaan untuk tiba lewat daripada waktu yang dijanjikan kerana sehari sebelum itu dia pulang awal pagi kerana menjalani penggambaran.

Tambahnya, pihak terbabit juga akur dengan permintaan itu dan bersetuju agar sesi fotografi berkenaan dilewatkan.

"Peliknya saya sudah memaklumkan mereka bahawa saya akan lewat sampai  kerana sehari sebelum itu kerja saya habis sehingga lewat pagi. Dan mereka pun bersetuju untuk melewatkannya. Tak sangka pula ia menjadi gosip di akhbar.

"Saya sanggup mencari masa untuk menjalani fotografi itu walaupun tidak ada masa memandangkan sudah tiga kali pihak penerbitan itu menghubungi saya. Bila jadi macam ini, saya rasa tak seronok. Ia bukan sahaja memalukan diri tetapi juga keluarga saya," katanya.

Isu berkenaan membuatkan Ungku Ismail takut untuk bekerjasama dengan pihak media.

Ungku Ismail memberitahu, dia tetap memohon maaf kepada pihak berkenaan kerana terpaksa mengubah waktu sesi fotografi tersebut pada saat-saat akhir.

"Ketika tiba di lokasi, saya meminta maaf kepada mereka dan kemudian menjalani sesi fotografi seperti biasa.

"Walaupun penggambaran tersebut mengambil masa sehingga tiga jam untuk dua baju sahaja saya tidak merungut pun. Tambahan pula konsep fotografi itu tidak seperti yang dibincangkan sebelum ini.

"Cuma saya bertanya sebanyak dua kali bila fotografi itu akan selesai kerana jika ia habis lewat, saya mahu batalkan kerja lain pada hari tersebut. Mungkin mereka tidak senang dengan pertanyaan saya itu," jelasnya.

Sementara itu, Ungku Ismail berkata, gosip itu membuatkan dia berasa takut untuk terlibat dengan sebarang kerjasama dengan pihak media selepas ini.

"Isu-isu seperti ini membuatkan saya berasa putus asa, takut dan malas untuk terlibat dengan kerja-kerja membabitkan media, takut jika disalah tafsir sedangkan saya mahu berkenalan dengan pihak media lebih rapat,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Ungku Ismail

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan