Encik Mimpi Enggan Dedah Status Sudah Kahwin

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 4:30 AM

Encik Mimpi enggan mengesahkan statusnya selepas gambar perkahwinan dipercayai miliknya tersebar. Foto Arkib THE STAR.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Rindukanlah iaitu Encik Mimpi enggan mendedahkan status sebenarnya kononnya dia sudah berkahwin apabila beberapa gambar majlis berkenaan dipercayai miliknya tersebar baru-baru ini.

Encik Mimpi atau nama sebenarnya Mohd Azam Zamri, 27, berkata, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak bercakap tentang soal peribadi kerana bimbang ia akan menjadi perhatian lebih daripada kariernya sebagai penyanyi.

"Saya tidak mahu mengiya atau menidakkan tentang perkara itu kerana enggan soal peribadi menjadi perhatian dan bukannya karier saya sebagai penyanyi.

"Terpulanglah kepada presepsi dan imaginasi mereka sama ada ingin mempercayai saya sudah berkahwin atau pun tidak," katanya kepada mStar Online.

Berhubung penyebaran gambar perkahwinan tersebut, Encik Mimpi berkata, ia bukan perkara baharu kerana sebelum ini ada beberapa gambar yang dikatakan dirinya disebarkan pada awal kemunculannya.

Bagaimanapun dia tidak menafikan ada di antara gambar yang tersebar adalah miliknya.

Encik Mimpi berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menjual biskut raya.

Dalam perkembangan lain, Encik Mimpi berkata, bersempena dengan bulan Ramadan dia mengambil peluang untuk berjinak-jinak dalam perniagaan dan mengeluarkan jenama biskutnya iaitu Empat Mimpi Cookies.

Katanya, buat permulaan dia mengeluarkan dua jenis biskut iaitu Chocolate Chip Cookies dan Coco Crunch Cookies yang akan dijual menerusi laman sosial dan Raya Sakan Fest 2015 yang akan diadakan di Hall 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 26 hingga 28 Jun ini.

"Biskut tersebut sebenarnya dibuat oleh kenalan saya tetapi dia tidak pernah menjual secara komersial biarpun sentiasa mendapat tempahan tinggi di kalangan keluarga dan rakan-rakan.

"Jadi saya ambil peluang ini untuk memasarkan produk berkenaan dengan lebih meluas kerana sangat enak," ujarnya.

Selain Encik Mimpi, beberapa lagi artis turut terlibat dalam acara jualan itu seperti Joe Flizzow, Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, Fizo Omar dan Johan (Raja Lawak).
Tags / Kata Kunci: Encik Mimpi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan