Syarikat Produksi Tidak Digalak Jual Hak Cipta Filem - Norman

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 3:10 AM

Khalid (kanan) menerima poster filem "Bukit Kepong" versi digital definasi tinggi daripada Presiden Eksekutif KRU Bros Sdn Bhd, Norman Abdul Halim (kiri) pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PDRM di Bukit Aman, Selasa.-Foto: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat penerbitan filem disarankan tidak menjual hak cipta karya terbitan  mereka kepada mana-mana pihak terutamanya karya filem-filem lama.

Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim berpendapat, ini kerana filem yang dihasilkan  mungkin akan mempunyai nilai yang tinggi pada masa hadapan lebih-lebih lagi jika karya berkenaan pernah menjadi fenomena dalam industri perfileman.

"Jika kita jual hak cipta kepada pihak lain maka tamatlah pendapatan daripada segi royalti pada masa akan datang.

"Ini kerana filem yang menjadi fenomena sangat bernilai kerana ia mungkin akan diterbitkan semula mengikut teknologi pada zaman masa depan.

"Bagaimanapun saya faham, ada pihak yang menjual hak cipta mereka kerana sebab-sebab tertentu.  Apa-apapun benda ini terpulang pada individu berkenaan," katanya kepada mStar Online.

Norman ditemui pada sidang media pengumuman kerjasama antara kumpulan syarikat KRU dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi penerbitan semula filem Bukit Kepong versi digital definisi tinggi di ibu pejabat PDRM Bukit Aman disini pada Selasa.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Filem berbentuk kenegaraan arahan Tan Sri Jins Shamsudin itu telah difilemkan semula dalam versi digital dan akan ditayangkan sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-58 pada Ogos depan.

Menerusi anak syarikat KRU Studios iaitu Prodigital Lab Sdn Bhd, filem terbitan Jins Shamsudin Productions pada tahun 1981 itu telah diperbaharukan dengan melakukan pendigitalan  bagi visual dan audio filem.

"Pihak kami menaik tarafkan Bukit Kepong dalam usaha 'menyelamatkan' kandungan filem itu yang dilihat akan musnah jika ia tidak dijaga.

"Malah sebelum menaik tarafkan filem itu, pihak kami telah meneliti dahulu keadaan negatif filem 35mm yang diterima. Dan ia sudahpun melekat dan sukar untuk diimbas.

"Ia perlu melalui beberapa proses di makmal bagi membersihkannya di makmal menggunakan bahan-bahan kimia dan ia mengambil masa kira-kira tiga bulan," katanya.

Dalam pada itu, kata Norman, secara keseluruhannya, pemulihan filem tersebut melibatkan kos sehingga RM100,000 dan pelaburan tersebut dianggap berbaloi kerana kualiti warna  filem itu juga dipertingkatkan seolah-olah Bukiy Kepong baru saja menjalani penggambaran.

"Mutu audio juga dipertingkatkan dengan proses adunan semula daripada mono ke stereo selain suntingan bagi menyelaraskan lipsync audio asal dengan visual, noise reduction serta penambahan kesan khas bunyi.

"Pendigitalan kandungan kreatif seperti Bukit Kepong bukan saja meningkatkan kualiti bagi tujuan komersial dan pengedaran semula tetapi ia juga menjimatkan kos pengarkiban bagi memelihara khazanah seni tempatan untuk tontonan dan rujukan di masa akan datang.

Sementara itu, kata Norman, separuh daripada hasil kutipan tayangan filem tersebut akan disalurkan ke Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia.

Bukit Kepong mengisahkan semangat juang anggota-anggota polis yang terkorban dalam mempertahankan tanah air daripada dijajah komunis pada 23 Februari 1950.

Peristiwa bersejarah ini telah difilemkan pada tahun 1981 di bawah arahan Jin dengan kerjasama pihak PDRM.

Filem itu juga berjaya meraih tujuh anugerah termasuklah Filem Terbaik bagi Festival Filem Malaysia ke-3.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan