Suami Jaclyn Victor Akan Menetap Di Malaysia Demi Anak

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 12:30 AM

Jac dijangka bersalin anak pertamanya pada Ogos depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Jaclyn Victor terharu dengan pengorbanan suaminya, Shawn Rivera yang akan berhijrah ke Malaysia untuk membesarkan anak pertama mereka yang bakal dilahirkan pada Ogos depan.

Jaclyn atau lebih mesra dengan sapaan Jac, 36, berkata, anggota kumpulan R&B Az Yet itu telah pun mendapat pekerjaan di negara ini dan akan berpindah sepenuhnya menjelang November depan.

"Sebelum ini dia memang bimbangkan keadaan saya kerana sepanjang kehamilan dia tidak berada di sisi saya tetapi kami sering berhubung menerusi Skype untuk bertanya khabar.

"Tetapi saya bersyukur kerana dia bakal berpindah ke Malaysia dan keputusan itu bukan atas paksaan tetapi kerelaan dirinya sendiri yang ingin melihat anak kami membesar di depan matanya," kata Jaclyn kepada mStar Online.

Jac berkahwin dengan Shawn, 41, pada 19 Julai tahun lalu di The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Penyanyi lagu Gemilang itu kini sedang hamil lapan bulan.

Jac masih aktif menyanyi walaupun sarat mengandung.

Dalam pada itu, Jac berkata, dia tidak berhasrat untuk membesarkan anaknya di luar negara namun akan sentiasa berulang-alik ke Amerika untuk melawat keluarga suaminya.

"Saya lebih selesa jika anak kami dibesarkan di Malaysia malah suami pun bersetuju tetapi itu tidak bererti saya tidak akan ke Amerika langsung.

"Sebaliknya kami akan cuba berulang-alik ke sana untuk melawat keluarga dan memperkenalkan anak kami," ujarnya.

Bercakap mengenai kehamilannya, Jac berkata, dia berasa pelik kerana tidak mengalami sebarang alahan seperti mana kebiasaan wanita hamil yang lain.

Malah kata Jac, sepanjang lapan bulan mengandung dia juga tidak mengidam makanan yang pelik-pelik selain.

"Mungkin bayi dalam kandungan saya ini faham bahawa bapanya tidak berada dekat dengan ibunya jadi dia tidak menimbulkan banyak masalah.

Jac dan suaminya, Shawn.

"Setakat ini pengalaman mengandung mengujakan terutama apabila saya dapat merasakan pergerakan bayi di dalam perut," ujarnya.

Bagaimanapun kata Jac, dia dan suaminya memilih untuk tidak mengetahui jantina anak mereka kerana mahukan elemen kejutan nanti.

"Saya dan Shawn tidak kisah apa jantinanya janji dia sihat dan cukup sifat," katanya.

Sementara itu, Jac berkata, biarpun sarat mengandung dia masih mendapat undangan nyanyian dan sekurang-kurannya akan mengadakan persembahan sebanyak tiga kali seminggu.

Malah dia juga bakal mengadakan persembahan istimewa di Singapura selepas bersalin kelak.
Tags / Kata Kunci: Jaclyn Victor , Shawn Rivera.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan