"Saya Maafkan Orang Yang Hina Saya" - Nabila Huda

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 4:30 AM

Nabila Huda

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nabila Huda mengambil pendekatan untuk tidak mengambil serius dengan komen-komen berunsur negatif yang dilemparkan segelintir pengikutnya di Instagram.

Nabila, 31, sebaliknya berkata, dia lebih senang memaafkan mereka agar dirinya tidak tertekan dengan isu-isu remeh yang dibangkitkan di laman sosial berkenaan.

"Tidak apalah, saya maafkan orang yang memburukkan atau menghina saya. Saya tahu bahawa diri ini juga tidak sempurna.

"Bukannya tidak kisah dengan komen-komen yang diberi, saya kisah. Dan kerana itu saya maafkan mereka dan menerima dengan hati yang terbuka atas keprihatinan mereka.

"Yang berhak menilai saya ialah Allah. Bukan saya nak cakap yang saya ini kuat agama. Tidak! Iman pun tak sempurna. Cuma hanya Dia yang menilai kita," katanya kepada mStar Online.

Foto Nabila bersama Max Loong (kiri) dan seorang llagi lelaki mengundang pergaduhan diantara pengikut-pengikut aktres itu.
Nabila diminta mengulas mengenai komen-komen pengikutnya yang bergaduh sesama sendiri gara-gara foto dia bersama dua orang lelaki di akaun Instagram miliknya itu.

Salah seorang daripada lelaki tersebut adalah pelakon dan pengacara Switzerland, Max Loong. Foto tersebut diambil ketika mereka menghadiri majlis pembukaan resort Hidden Hills Villas di Ulawatu Bali, Indonesia pada minggu lalu.

Pergaduhan sesama pengikut aktres itu tercetus gara-gara dua lelaki berkenaan  memegang segelas air yang dipercayai minuman keras dan Nabila dilihat tidak manis bergambar bersama mereka.

Sementara itu, Nabila berkata, walaupun dia pernah berkata tidak mahu lagi memuat naik foto yang tiada kaitan dengan kerjayanya, namun ia sedikit sukar untuk dilaksanakan.

"Memang kalau boleh saya tidak mahu menunjukkan foto-foto aktiviti harian saya.

"Tetapi sebagai seorang artis yang menerima undangan pelbagai majlis, pakaian dan solekan saya ada masanya ditaja dan saya perlu memuat naik foto penampilan saya pada hari tersebut untuk meletakkan kredit kepada mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nabila berkata, bersempena Ramadan ini, dia mengambil langkah untuk berehat daripada kerja-kerja lakonan sehinggalah ke sambutan Aidilfitri.

Dia juga cukup teruja dan lebih menghayati ibadah puasa kerana ini merupakan pertama kali dia tidak terlibat dengan kerja sepanjang Ramadan ini.
Tags / Kata Kunci: Nabila Huda

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan