Operasi Sekolah Tahfiz Milik Amy (Search) Diiktiraf Jais

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 2:24 PM

Amy Search

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search iaitu Amy, meluahkan rasa syukur apabila operasi sekolah tahfiz, Al-Bayan School of Quran & Hadith miliknya di Sungai Buloh dekat sini diiktiraf Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pemberian sijil bagi mengesahkan operasi sekolah berkenaan telah berlangsung di pejabat jabatan itu di Shah Alam dekat sini pada Isnin.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, berkata, dengan adanya sijil tersebut ia dapat memudahkan lagi pengendalian sekolah tahfiz berkenaan terutamanya dalam mendapat kepercayaan orang ramai.

"Alhamdulillah, Jais mempermudahkan niat saya untuk terus memperkukuhkan sekolah tahfiz ini.

"Dengan adanya sijil daripada pihak mereka, orang ramai akan lebih mempercayai penubuhan sekolah ini yang bertujuan mendidik anak-anak menghafal Al-Quran dan Hadis," katanya kepada mStar Online.

Amy dihubungi mStar Online selepas menerima sijil penubuhan sekolah Tahfiz, Al-Bayan School Of Quran & Hadith di pejabat Jais dekat sini pada pagi Isnin.

Amy bersama pelajar di Al-Bayan School Of Quran & Hadis 

Al-Bayan School of Quran & Hadith yang dibuka sejak awal tahun lalu merupakan sebuah sekolah yang mengkhususkan pelajar daripada kalangan kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 15 tahun.

Selain menghafal Al-Quran dan Hadis, mereka turut diajar Bahasa Arab selain pelajaran asas seperti Bahasa Inggeris dan Matematik.

Sementara itu, Amy berkata, sehingga kini, seramai 18 pelajar yang mendaftar di sekolah berkenaan dan dia merancang untuk memperbesarkan lagi sekolah tahfiz tersebut pada tahun hadapan.

"Apabila sudah ada sijil Jais, macam-macam benda yang dirancang tetapi biarlah ia bergerak sedikit demi sedikit.

"Cuma saya mahu membesarkan lagi sekolah tersebut dan membuat perpustakaan dalam sekolah itu.

"Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka yang kini saya memiliki sebuah sekolah tahfiz, perkara yang saya idam-idamkan selama ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amy dan keluarganya bakal mengerjakan ibadah Umrah pada 7 Julai depan.
Tags / Kata Kunci: Amy Search

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan