Linda Rafar Sangsi Terima Tawaran Duta Produk

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 5:17 AM

Linda pada awalnya berasa sangsi apabila menerima pelawaan untuk menjadi duta produk jenama terkenal, Alfio Raldo selama setahun.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Linda Rafar pada  mulanya berasa sangsi apabila namanya terpilih sebagai duta produk Alfio Raldo kerana bimbang imejnya yang bertudung tidak bersesuaian untuk mewakili jenama itu.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 37, berkata, sebelum menerima lamaran tersebut dia mendapatkan kepastian daripada pengurusan jenama berkenaan terlebih dahulu mengenai imejnya kerana tidak mahu sebarang masalah timbul pada masa hadapan.

"Alhamdulillah pihak Alfio Raldo sedar dengan imej saya sebagai wanita Muslimah yang bertudung dan masih mahu saya menjadi duta jenama berkenaan.

Suami Linda, Syed Aiman turut terpilih sebagai duta produk berkenaan.

"Saya pada awalnya bimbang juga kerana produk berkenaan adalah jenama terkenal dan tidak mahu sebarang masalah berlaku pada masa hadapan," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Linda berkata, dia tidak menyangka kehadirannya pada pelancaran produk jenama berkenaan di ibu negara baru-baru ini telah membuka peluang kepadanya untuk bergelar duta.

Kata Linda, dia menganggap kerjasama berkenaan adalah salah satu rezeki bukan sahaja untuknya malah suami dan keluarganya.


Linda bersama Pengarah Urusan Alfio Raldo, Jordan Ling.

"Paling mengujakan suami saya, Syed Aiman turut terpilih untuk menjadi duta produk berkenaan biarpun pada awalnya dia hanya menemani saya ketika diminta hadir untuk perbincangan tentang lamaran tersebut.

"Sudah tentu saya gembira kerana kami bakal bergandingan dan ia adalah kerjasama pertama kami sebagai duta bersama," ujarnya.

Alfio Raldo menerusi syarikat Ixora Corporation melantik Linda dan Syed Aiman untuk mempromosikan koleksi terbaharu jenama berkenaan seperti tas tangan, kasut, jam tangan dan aksesori lain.
Tags / Kata Kunci: Linda Rafar , Alfio Raldo.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan