Sarah Hildebrand Sangkal Hanya Bergantung Pada Paras Rupa

Diterbitkan: Sabtu, 20 Jun 2015 12:31 AM

Sarah Hildebrand

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon baharu, Sarah Hildebrand menyangkal dakwaan yang menyatakan dia hanya bergantung kepada rupa parasnya sebagai wanita kacukan untuk diterima dalam bidang seni.

Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hilderbrand Asyraf, 25, berkata dia tidak pernah menjadikan rupa paras sebagai platform untuk diterima sebagai pelakon ataupun sekadar memilik watak tertentu agar kelihatan cantik di layar skrin.

“Saya tidak boleh mengelak daripada anggapan orang, biarlah orang nak cakap  seperti itu tapi rasanya orang yang rapat dengan saya akan tahu yang saya bukan jenis utamakan kecantikan berbanding bakat.

“Saya sanggup terima apa jua watak walaupun saya diminta jadi orang gila sekalipun, saya tidak kisah kerana tidak semestinya saya perlu ditawarkan watak ayu dan cantik sahaja,” katanya kepada mStar Online.


Selain itu, Sarah berkata dia akan cuba membuktikan tanggapan orang ramai itu salah dengan memantapkan lagi lakonan dalam setiap watak yang diberikan.

Tambah Sarah, dia yang bakal tampil untuk teater Y Sebuah Muzikal pada Ogos nanti menjadikan teater sebagai kelas lakonan untuk dia belajar dengan lebih mendalam.

“Selepas ini, saya akan tingkatkan lagi usaha untuk membuktikan bakat lakonan saya  kepada orang ramai.

“Saya terima tawaran teater kerana merasakan ia peluang yang bagus untuk saya belajar asas lakonan memandangkan saya masih baru dalam industri,” katanya.

Terdahulu, Sarah yang merupakan darah kacukan Melayu dan Amerika Syarikat bergelar sebagai model sejak pulang ke Malaysia dari Conway pada 2009.

Sarah juga merupakan kekasih kepada pengacara Harta Dalam Stor, Nabil Mahir dan  sudahpun menjalinkan hubungan selama setahun.

Dalam perkembangan lain, Sarah baru sahaja selesai penggambaran untuk dua telefilem iaitu Hujan Pagi (Astro Prima) dan Jalan Singkat Ke Syurga (Astro Oasis).
Tags / Kata Kunci: Sarah Hildebrand

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan