Artis Luar Berlakon Di Malaysia Bukan Ancaman - Pelapis

Diterbitkan: Sabtu, 20 Jun 2015 12:30 AM

Aaron Aziz yang berasal dari Singapura antara pelakon luar yang menyerlah di Malaysia. Foto Arkib The Star.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Artis Pelapis Malaysia (Pelapis) tidak melihat kehadiran pelakon dari Singapura dan Indonesia ke negara ini sebagai ancaman kepada industri tempatan.

Presidennya, Datuk Hazmimi Johar berkata, bilangan artis luar di negara ini sebenarnya masih rendah jika dibandingkan dengan percambahan artis tanah air yang semakin meningkat jumlahnya.

"Tidak perlu berasa terancam atau takut kerana jumlah artis luar di Malaysia amat rendah malah kebanyakan penerbit dan produksi masih mengutamakan artis tempatan yang menjadi pilihan peminat," katanya kepada mStar Online.

Hazmimi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Seri Azalina Othman yang berpendapat artis luar tidak wajar diberikan ruang untuk berlakon dalam produksi tempatan di negara ini.

Presiden Pelapis, Datuk Hazmimi Johar.

Bagaimanapun katanya, Pelapis mendokong penuh pandangan dan hasrat Azalina dalam menerajui Finas dan menganggap pendapatnya dalam isu berkenaan mempunyai teras kukuh sekiranya tidak dibendung.

Antara pelakon-pelakon luar yang berjaya mencipta nama di Malaysia pada ketika ini kebanyakannya dari Singapura seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Hisham Hamid, Shah Iskandar, Elfaeza Ul Haq, Nina Iskandar serta Randi Panggalila dari Indonesia.

Dalam pada itu, Hazmimi berkata, pelakon tempatan seharusnya mula membuka mata dan bersaing secara sihat selain cuba mencari peluang dan ruang untuk bertapak bukan sahaja di Malaysia tetapi juga luar negara.

Kata Hazmimi yang juga seorang penerbit drama itu lagi, sekiranya artis luar mampu mencipta nama di sini, beliau yakin bakat tempatan tidak mempunyai masalah untuk melakukan perkara sama selagi mempunyai keinginan dan semangat.

"Merungut artis luar masuk pun tiada gunanya kerana kita sepatutnya melihat perkara itu dari sudut positif dan bersaing secara sihat bagi membuktikan bakat tempatan bukan calang-calang.

Pengerusi Finas yang baharu, Datuk Seri Azalina Othman.

"Kehadiran artis seberang yang berjaya mencipta nama bukan alasan untuk kita berpeluk tubuh dan menyalahkan mereka tetapi apa yang boleh pelakon kita lakukan untuk lebih cemerlang daripada mereka," ujarnya.

Tambah Hazmimi, di Malaysia mempunyai banyak bakat besar dalam lakonan dan yakin sekiranya mereka mencuba nasib di luar negara pasti dapat diketengahkan.

"Artis tempatan sepatutnya mencontohi keberanian mereka yang sanggup meninggalkan negara sendiri demi mengejar cita-cita dan mengapa pelakon kita tidak boleh melakukan perkara serupa?

"Kita mampu lakukannya dan perlu lebih berani dan bukannya berasa terancam dengan kehadiran pelakon dari luar.

"Malah Pelapis tidak berasa gusar kerana kami beridiri di atas platform sendiri dalam mengetengahkan bakat baharu dan bersaing sihat," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Pelapis , Finas.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan