Rusdi Ramli Berfikiran Terbuka Mutu Lakonannya Dikritik

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 2:00 AM

Rusdi bakal muncul dengan drama arahan terbaharunya berjudul Tulus Sufi di RTM.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Rusdi Ramli berfikiran terbuka apabila mutu lakonannya dikritik oleh pengarah ketika di set penggambaran biarpun dia sudah senior dalam bidang berkenaan.

Rusdi, 45, berkata, perkara itu wajar dilakukan kepada mana-mana pelakon demi memastikan sesuatu peranan yang digalas dapat diterjemahkan dengan baik selain menepati kehendak pengarah.

"Saya sendiri sebagai pelakon yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni terbuka sekiranya pengarah menegur lakonan saya kerana ia adalah demi meningkatkan mutu sesebuah drama atau filem.

"Pada saya ia langsung tidak salah kerana ia untuk kebaikkan kerana mungkin apa yang saya fikir untuk sesuatu watak dalam cerita itu berbeza dengan kehendak pengarah," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Rusdi, kebanyakkan pengarah pada hari ini langsung tidak menegur kesilapan dilakukan pelakon ketika berada di set dan budaya itu dapat memberi kesan buruk kepada pelakon.

Nadiya Nisaa.

"Berdasarkan pengalaman saya mengarahkan tujuh buah drama sebelum ini saya merasakan adalah wajar untuk pengarah meringankan mulut memberi teguran secara positif kepada pelakon sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

"Tetapi industri sekarang sudah berubah kerana pengarah tidak lagi menegur kesalahan dilakukan dan ia tidak bagus untuk pelakon," ujarnya.

Dalam pada itu, Rusdi berkata, dia cuba untuk kembalikan semula budaya menegur di kalangan pelakon sewaktu mengarahkan drama selain mewujudkan komunikasi dua hala di antara mereka.

Malah kata Rusdi, sebagai pengarah dia juga terbuka menerima pandangan dan kritikan daripada pelakon demi memastikan produk dihasilkan bermutu.

"Saya bukan sahaja menerapkan budaya menegur tetapi komunikasi dua hala dan perbincangan di antara pelakon dan pengarah kerana kami saling memerlukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai drama arahan terbaharunya Tulus Sufi, Rusdi berkata, dia beruntung kerana mendapat khidmat Nadiya Nisaa dan Puteri Balqis sebagai pelakon.

Kata Rusdi, tenaga dan kesungguhan mereka dalam menjayakan watak diberikan jauh lebih baik daripada apa yang dia mahukan dan tidak sukar mengarahkan pelakon berkenaan.

"Dengan Nadiya dan Puteri Balqis saya ada kelonggaran dalam menegur mereka kerana lakonan diberikan sentiasa lebih daripada apa yang saya sebagai pengarah mahukan," ujarnya yang masih lagi aktif berlakon.

Tulus Sufi akan ditayangkan bermula 15 Julai depan bersempena slot Ramadan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Tags / Kata Kunci: Rusdi Ramli.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan