Raja Azmi Rasa Bersalah Kisah Silam Diketahui Cucu

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 1:59 AM

Raja Azmi ingin melupakan segala kontroversi yang pernah berlaku dalam hidupnya sebelum ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman berhasrat untuk membersihkan namanya daripada segala kontroversi yang pernah melanda demi kebaikkan cucu-cucunya.

Raja Azmi, 56, berkata, dia enggan menimbulkan sebarang konterversi lagi pada masa hadapan kerana akan berasa bersalah jika cucu-cucunya mengetahui kisah silam yang pernah berlaku dalam hidupnya selama ini.

"Jika boleh saya ingin membersihkan nama daripada sebarang kontroversi kerana cucu saya semakin membesar dan tidak lama lagi mereka sudah pandai membaca serta menggunakan Internet.

"Saya akan berasa bersalah jika mereka tahu kisah silam saya dahulu jadi kini saya ingin membersihkan nama dengan memperbanyakkan cerita lebih positif," katanya kepada mStar Online.

Raja Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dirinya yang kini kian aktif dalam melakukan kerja amal untuk menjernihkan namanya daripada terus dilabel sebagai wanita kontroversi.

Tambah Raja Azmi, dia mengakui segala kontroversi yang pernah melanda dirinya dahulu banyak memberi pengajaran dalam lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.

"Bila difikirkan semula segala kontroversi yang melanda, saya rasa perkara tersebut adalah ketentuan daripada Allah dan ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

"Ia juga adalah pengajaran besar dalam hidup dan menjadikan saya lebih dekat kepada Allah serta mencari bekalan untuk akhirat.

"Kalau tidak ada kontroversi yang berlaku sebelum ini mungkin sehingga sekarang saya masih belum sedar diri mengenai apa sebenarnya terjadi," katanya.

Dalam pada itu, Raja Azmi menjelaskan dia kini sedang aktif melakukan kerja amal di bawah Kesatuan Usaha Wanita Islam Kuala Lumpur untuk membantu anak muda mendapatkan kerja serta membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

"Selain ingin membantu golongan muda yang sedang mencari pekerjaan, badan amal ini juga turut menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Raja Azmi berkata, dia kini dalam proses untuk mempromosikan novel terbaharunya bertajuk Seputik Cinta Kekasihnya Kaseh.

Tags / Kata Kunci: Raja Azmi.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan