Zulin Aziz Kesal Difitnah Guna Bomoh Pikat Ariz (Forteen)

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 5:30 AM

Zulin dituduh menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan cinta anggota kumpulan Forteen, Ariz.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara Zulin Aziz terpaksa menggunakan Instagram untuk mendedahkan identiti individu yang menuduhnya menggunakan bomoh bagi mendapatkan cinta anggota kumpulan Forteen iaitu Ariz kerana menganggap fitnah tersebut melampaui batas.

Zulin, 25, berkata, serangan daripada individu yang menggunakan nama @sitifatimahlufias88 terhadapnya sudah beberapa kali berlaku sehingga membuatkan dia hilang sabar.

"Saya cuba untuk tidak memperbesarkan isu ini tetapi sampai menuduh saya menggunakan khidmat bomoh untuk mendapatkan cinta lelaki... bagi saya itu melampau dan mampu menjatuhkan maruah saya.

"Atas sebab itu juga saya bertindak mendedahkan individu berkenaan di Instagram saya agar dia dapat menghentikan perbuatan tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Zulin memuat naik komen wanita yang dikenali sebagai @sitifatimahlufias88 yang mendakwanya menggunakan ilmu hitam.


Dalam pada itu, Zulin berkata, motif individu berkenaan kerana cemburu keakrabannya dengan Ariz selain berusaha untuk melihat mereka bermusuhan.

Bagaimanapun kata Zulin, dia tidak keseorangan dalam hal berkenaan kerana Ariz juga turut diganggu oleh wanita sama yang terlalu fanatik dengan penyanyi itu.

"Saya tidak tahu wanita berkenaan ada masalah mental atau dia sekadar suka-suka menganggu dan menuduh saya tetapi ia semakin tidak terkawal.

"Malah Ariz sendiri yang memaklumkan kepada saya tentang tuduhan terbaharu yang mengatakan saya menggunakan ilmu hitam," jelasnya.

Ariz


Sementara itu, menjelaskan hubungannya dengan Ariz, Zulin menegaskan mereka hanya sekadar sahabat baik dan tidak pernah mempunyai hubungan istimewa.

Zulin turut menasihati peminat penyanyi itu agar tidak terlalu fanatik terhadap seseorang artis sehingga sanggup menganiaya dan memfitnah orang lain.

"Saya dan Ariz memang tiada apa-apa walaupun sudah banyak kali kami menjelaskan hubungan kami hanya sekadar sahabat baik.

"Perasaan cemburu segelintir peminat yang terlalu taksub dengan artis kesayangan mereka menyebabkan perkara ini terjadi dan berharap golongan ini hentikan perbuatan tersebut," jelasnya.
Tags / Kata Kunci: Zulin Aziz , Ariz Forteen.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan