Rumah Kumpulan Zero Di Sabah Hangus

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 12:00 PM

Zero ketika diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2014.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nasib malang menimpa kumpulan Zero yang dianggotai tiga beradik apabila kediaman mereka di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari, Selasa.

Pengurus kumpulan tersebut, Shafeeqa Johari ketika dihubungi berkata, kejadian tersebut turut melibatkan 69 buah rumah lain yang turut terbakar dalam kejadian tersebut.

"Kejadian dikatakan berpunca daripada baju yang terbakar daripada sebuah rumah dan menyebabkan api marak dengan cepat dan merebak ke rumah lain.

"Alhamdulillah tiada yang tercedera dalam kejadian itu tetapi semua barang-barang musnah akibat kejadian itu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Zero yang dianggotai Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful Doli Sahrif dan Sharif Kunal Doli Sahrif itu adalah juara program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014).

Sebanyak 69 buah rumah hangus terbakar dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari, Selasa lalu.

Menerusi kemenangan tersebut mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.

Dalam pada itu, Shafeeqa berkata, ketika kejadian, Mohammad Syaiful dalam perjalanan pulang ke kampung untuk melawat keluarganya sebelum mendapat tahu tentang kebarakan tersebut.

Manakala abang dan adiknya, Sahrif Doli dan Sharif Kunal berada di ibu negara dan bergegas pulang ke Kudat apabila dimaklumkan tentang kejadian itu.

"Mereka dalam keadaan terkejut apabila Syaiful memberitahu tentang kebakaran itu dan meminta saya segera membeli tiket penerbangan pulang," jelasnya.

Sementara itu, Shafeeqa berkata, Zero bersama penduduk kampung yang lain kini sedang giat mendapatkan bantuan daripada orang ramai untuk meringkan beban 69 keluarga terlibat.

Keadaan ketika kebakaran berlaku.

Pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai terutama barangan terpakai seperti pakaian, seragam sekolah, makanan dan minuman selain keperluan asas lain untuk kegunaan penduduk di sana.

"Ini dugaan besar buat mereka semua dan saya bagi pihak Zero mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang ramai memandangkan Ramadan akan tiba esok (Khamis).

"Alhamdulillah setakat ini ramai menghulurkan bantuan termasuk rakan-rakan artis dan pihak kami akan terbang ke Sabah pada Isnin ini untuk menghantar barangan tersebut," katanya.

Bagi yang ingin menyalurkan bantuan boleh disalurkan melalui Persatuan Komuniti Bajau Simunul Kudat menerusi akaun Bank Simpanan Nasional: 12125-41-00006963-6.

Peminat di Semenanjung Malaysia yang ingin memberi bantuan barangan pula boleh menghubungi Shafeeqa di talian 017-721 0491.

Tags / Kata Kunci: Zero.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan