Ronnie Berjaya Elak Berbalah Selepas Tinggalkan Hyper Act

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 3:00 AM

Ronnie

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ronnie Hussein berjaya mengelakkan ketegangan yang berlaku antara dia dengan anggota kumpulan Hyper Act selepas mengambil keputusan untuk bergerak secara solo.

Ronnie atau nama sebenarnya Shahron Hussien, 34, berkata, keputusan itu dibuat atas dasar persetujuan bersama untuk mengekalkan persahabatan antara dia dan anggota kumpulan berkenaan yang terjalin sejak sekian lama.

"Keputusan diambil untuk mengekalkan persahabatan yang ada jadi saya memutuskan untuk bergerak secara solo kerana tidak ingin masalah lain pula timbul pada masa hadapan.

"Ini merupakan perkara biasa yang berlaku dalam band dan yang menjadi isunya ialah bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu secara profesional kerana saya rasa tidak ada masalah untuk meneruskan haluan masing-masing," katanya kepada mStar Online.

Ronnie ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya bertajuk Dikoyak Waktu, di Restoran Chuckles, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, di sini pada Selasa.

Ronnie (tengah) bersama penulis lagu Dikoyak Waktu iaitu Aepul (Drama Band - kiri) dan wakil pengurusannya, Pojie Samad.
 
Tambah Ronnie, setiap masalah berlaku harus ditangani secara profesional kerana dia menggangap tidak ada guna jika kedua-dua pihak masih berbalah.

"Saya rasa perkara itu harus ditangani secara profesional kerana tiada guna jika kedua-dua pihak hendak menegakkan benang yang basah.

"Bukan bermakna diam saya salah sebenarnya perkara ini terjadi disebabkan masalah salah faham sahaja dan hubungan saya dengan ahli Hyper Act memang masih baik walaupun tidak rapat seperti dahulu," katanya.

Dalam pada itu, Ronnie berkata dia kini lebih selesa bergerak secara solo dan tidak menolak kemungkinan pada masa hadapan untuk kembali menyanyi dalam band semula.

Terdahulu, salah seorang anggota Hyper Act iaitu Toi (pemain bass dan vokalis kedua) telah mengumumkan penyingkiran Ronnie secara rasmi melalui temuramah dengan sebuah radio.

Kemelut di antara mereka dikatakan berlaku selepas Ronnie dipercayai sering mengadakan persembahan secara solo menyebabkan Hyper Act terpaksa menggunakan khidmat penyanyi undangan lain.

Bagaimanapun kedua-dua pihak sebelum ini mengelak daripada mengulas kemelut yang timbul dalam kumpulan itu.

Sementara itu bercerita mengenai Dikoyak Waktu, Ronnie berkata, single tersebut menceritakan tentang kisah cinta yang belum berbalas.

"Lagu ini mengisahkan mengenai percintaan terhadap sesorang yang masih belum diluahkan dan ia sebenarnya lebih merujuk cinta kepada keluarga.

"Saya hendak orang tahu bahawa ini merupakan lagu solo daripada Ronnie Hussein dan bukannya Ronnie Hyper Act kerana genre yang disampaikan adalah berbeza," jelasnya.
Tags / Kata Kunci: Ronnie , Hyper Act

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan