Vanidah Imran Trauma, Kereta Dipandu Terbakar

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 12:35 PM

Kereta jenis Mini Cooper milik pelakon Vanidah Imran terbakar awal pagi tadi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Vanidah Imran masih dalam keadaan trauma selepas kenderaan jenis Mini Cooper yang dipandunya tiba-tiba terbakar berhampiran plaza tol Serdang menghala ke Sungai Besi dekat sini kira-kira pukul 3 pagi Rabu.

Suami aktres berkenaan, Rashidi Ishak ketika dihubungi mStar Online berkata, keadaan Vanidah bagaimanapun tidak membimbangkan dan dia sedang berehat di rumah.

"Alhamdulillah isteri saya selamat biarpun dia sedikit trauma dengan kejadian itu. Syukur dia sempat keluar daripada kereta apabila bahagian enjin kereta berkenaan tiba-tiba terbakar.

"Vanidah hanya menyedari perkara itu selepas ada pemandu lain memberitahu enjin keretanya berasap sebelum dia berhenti di bahu jalan untuk menyelamatkan diri," katanya.

Jelas Rashidi, ketika kejadian Vanidah sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama di Serdang.

Keadaan kereta milik Vanidah yang terbakar.

Rashidi kemudiannya bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat panggilan daripada isterinya dan mendapati pihak bomba dan Plus berjaya memadamkan kebakaran.

"Seharusnya saya berterima kasih kepada pihak bomba dan Plus kerana kecekapan mereka dalam memadam kebakaran tersebut dan paling penting isteri saya selamat.

"Punca kejadian masih belum diketahui tetapi ia berkaitan dengan masalah teknikal," jelasnya.

Sementara itu, Rashidi berkata, dia dan isterinya telah pun membuat laporan polis tentang kejadian tersebut di Balai Polis Puchong dan masih menanti laporan siasatan forensik berhubung kejadian itu.

Untuk rekod, kenderaan dipandu Vanidah itu adalah hadiah kemenangan pasangan berkenaan ketika menjuarai pertandingan Sehati Berdansa musim pertama pada tahun 2007.

Tags / Kata Kunci: Vanidah Imran , Rashidi Ishak.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan