Fouziah Gous Tidak Sekat Komen Negatif Peminat Di Instagram

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 3:30 AM

Fouziah Gous bersama suaminya, Zhafran memegang produk wangian Enchanteur Love. FOTO: ROHAIZAT MD DARUS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Fouziah Gous tidak melakukan pendekatan untuk menyekat akaun atau membuang komen-komen individu yang mengkritiknya di akaun Instagram.

Fouziah, 32, berkata, dia tidak tertekan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan terutamanya apabila melibatkan foto-foto bersama suami, sebaliknya lebih bersikap positif dengan perkara itu.


”Saya tidak mengambil peduli pun jika ada pihak yang komen buruk di Instagram saya.

”Malah saya tidak block atau delete komen-komen mereka. Bagi saya, tiada yang buruk pun dimuat naik dalam Instagram melainkan foto-foto aktiviti harian dan bersama suami.

"Ia bukan satu isu. Sedangkan Rasulullah pun dikecam, apatah lagi saya yang serba kekurangan ini," katanya kepada mStar Online.

Fouziah yang kini mengandung tiga bulan ditemui di majlis perlantikannya bersama suami, Md Zhafran Md Yusof sebagai duta berpasangan Enchanteur Love di Maison Francais di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Fouziah berkata, memuat naik foto mesra bersama suami di Instagram juga adalah salah satu cara untuknya mengekspresikan rasa cinta terhadap suaminya itu menerusi kapsyen-kapsyen romantis.

"Sebagai pasangan suami isteri kami saling berusaha melakukan sesuatu perkara berbeza untuk menunjukkan rasa cinta terhadap masing-masing.

"Dan memuat naik foto disertakan kapsyen romantis akan membuatkan pasangan rasa dihargai. Itu salah satu perkara yang sering saya buat.

"Bagi saya usaha seperti ini amat penting bagi pasangan suami isteri. Tidak perlu membuat kejutan sentiasa, cukup jika sekali sekala kita beri nota kecil meluahkan rasa sayang dan cinta pada pasangan masing-masing," ujarnya.

Dari kiri; Eksekutif Kanan Produk, Kazlina Mohd  Kassim,  Pengarah Jualan Wipro Unza, Loke Kar Yew,  Zhafran Md Yusof, Fouziah Gous, Pengurus Besar Pemasaran , Wipro Unza Pan Choi Yen dan Pengurus Kumpulan Produk Wipro Unza, Ooi Boay Khim pada majlis pengumuman duta Enchanteur Love. FOTO: ROHAIZAT MD DARUS.

Mengenai Enchanteur Love, Fouziah berasa teruja kerana buat pertama kalinya dia menjadi duta produk bersama suami.

"Saya teruja apabila kami menjadi duta bersama. Rasa seronok lain macam. Mujurlah Zhafran tidak kekok dan sudah biasa berhadapan dengan khalayak," tuturnya.

Pengacara program Nona itu berkahwin dengan Zhafran, 32, pada 22 September 2013.
Tags / Kata Kunci: Fouziah Gous

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan