Media Sosial Buat Orang Sabah Panik Ketika Gempa - Farish Aziz

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM Sabah iaitu Farish Aziz berkata, informasi yang tidak tepat mengenai gempa bumi di Sabah yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial membuatkan masyarakat negeri itu panik.

Farish, 31, berkata, masyarakat negeri itu berasa tidak selamat untuk  keluar rumah atau melakukan sebarang aktiviti kerana risau sekiranya kejadian gempa bumi tersebut berulang lagi.

"Apa yang saya lihat ramai orang suka menggunakan medium laman sosial untuk menjadi pemberi informasi yang pertama mengenai sesuatu kejadian tanpa menyelidik dahulu walaupun kebanyakan informasi itu adalah auta.

"Jadi apabila pelbagai spekulasi dikeluarkan di laman sosial mengenai kejadian gempa bumi, membuatkan masyarakat panik dan risau dengan keadaan mereka yang kononnya  bakal ditimpa musibah.

"Lebih terkilan apabila orang ramai terus berkongsi pelbagai maklumat sejurus selepas gempa bumi dengan pelbagai versi dan spekulasi," katanya kepada mStar Online.

Pada 5 Jun lalu, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala richter telah melanda Sabah khususnya di Ranau yang mengorbankan 18 nyawa serta merosakkan banyak harta benda.

Farish Aziz
Farish Aziz

Gempa bumi sederhana 5.1 magnitud pula direkodkan pada kedalaman 10 kilometer di Ranau pukul 2.29 pagi Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Farish yang menetap di Kota Kinabalu juga tidak terkecuali hampir mempercayai dan berasa risau apabila membaca pelbagai spekulasi yang disebarkan itu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Farish berkata dia baru saja selesai menerbitkan sebuah drama bersama Sari Yanti, Intan Ladyana dan Tam untuk siaran Astro Ria.

Kata Farish, dia juga mengambil peluang itu untuk turut berlakon bagi watak kameo untuk melepaskan rindu dengan kerja-kerja lakonan.

"Penggambaran drama tersebut dijalankan di Sabah dan saya mengambil kesempatan itu melepaskan rindu untuk berlakon.

"Bukannya tiada tawaran, tetapi sejak menjadi penyampai radio, sukar untuk saya beri komitmen dalam kerja-kerja lakonan. Bagaimanapun saya akan terlibat dengan sebuah program 'game show' iaitu Awak Kat Mana sebagai peserta pada Ogos ini," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Farish Aziz , Suria FM

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan