Rahim Dikejarkan Ke Hospital Selepas Konsert Bersama Sepahtu

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2015 4:43 PM

Rahim ditemani oleh Jep dan Shuib (Sepahtu) ketika dia dimasukkan ke Hospital Jengka pada malam Sabtu lalu akibat sesak nafas. Foto Ihsan Instagram JEPSEPAHTU.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Rahim (Sepahtu) memberitahu keadaan kesihatannya tidak membimbangkan meskipun terpaksa dikejarkan ke Hospital Jengka, Pahang selepas mengalami sesak nafas sejurus mengadakan persembahan Konsert Jelajah Sepahtu di Kompleks Sukan Jengka pada Sabtu lalu.

Rahim atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali, 45, berkata, dia mengalami sesak nafas akibat daripada serangan gastrik dan rakan-rakannya telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Sebenarnya ia tidak begitu serius cuma sewaktu selesai mengadakan persembahan saya mengalami masalah sukar untuk bernafas akibat daripada gastrik.

"Selepas melihat keadaan saya begitu, mereka segera menghantar saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Rahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambarnya yang tersebar menerusi media sosial dalam keadaan terbaring di wad kecemasan sebuah hospital.

Sepahtu bergambar bersama aktres Fazura ketika Konsert Jelajah Sepahtu yang diadakan di Kompleks Sukan Jengka.

Tambah Rahim, selepas melakukan pemeriksaan, doktor menjelaskan punca masalah itu berpunca daripada pemakanan tidak menentu sehingga menyebabkan gastrik dan sesak nafas.

"Doktor turut melakukan pemeriksaan jantung dan mengambil darah, Alhamdulillah tiada apa yang serius cuma ia mungkin disebabkan oleh penat dan makan yang tidak menentu.

"Ia juga berlaku disebabkan perasaan terlebih gemuruh untuk mengadakan persembahan kerana ini adalah konsert jadi ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada diri saya," katanya.

Dalam pada itu, Rahim berkata, masalah yang berlaku itu tiada kaitan dengan masalah jantung seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak.

Malah katanya, kejadian serupa pernah menimpa dirinya ketika sedang menjalani penggambaran sebelum ini.

Jep memuat naik gambar ketika bersama Rahim di hospital.

"Ini merupakan kali kedua kejadian sama berlaku tetapi ia tidak seteruk sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital.

"Doktor juga ada menasihatkan saya supaya makan mengikut masa serta tidak begitu tertekan selain perlu mendapatkan rehat yang cukup supaya kejadian berkenaan tidak berlaku lagi," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Rahim berkata, dia kini sedang sibuk menjalani pengambaran filem Raja Kapcai bersama barisan pelakon Fad (Bocey), Shuk (Balas) dan Serina Redzuawan.

Tags / Kata Kunci: Rahim Sepahtu.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan