Manipulasi Keadaan, Black Teruskan Tindakan Terhadap Individu Hina Anak

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2015 5:32 AM

Black memberitahu kesal dengan tindakan individu yang menghina anaknya apabila lelaki berkenaan memanipulasi keadaan dalam satu status di Facebook miliknya.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Black berang apabila individu yang mengutuk anaknya di laman sosial memanipulasi kejadian tersebut di laman Facebook miliknya baru-baru ini.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanifiah, 28, berkata, individu berkenaan dalam status tersebut mendakwa Black tidak mahu memaafkannya berhubung kejadian itu.

“Saya ada terima mesej menerusi Whatsapp isteri saya yang menyatakan individu tersebut cuba memohon maaf secara tertutup tetapi saya tidak mahu maafkan.

“Sekarang saya bertambah marah kerana dia menipu orang ramai dan memburukan nama saya kerana orang komen di status tersebut mempersoalkan kenapa saya tidak mahu maafkan dia,” katanya kepada mStar Online.

Black ditemui di majlis cukur jambul dan aqiqah putera sulungnya, Khaleef Dayyan di Dewan N’dah Mahligai, disini pada Sabtu.

Terdahulu, Black membuat laporan polis selepas seorang pengikut Instagram menggelarkan anaknya yang lahir pada Januari lalu dengan panggilan beruk.

Majlis cukur jambul dan aqiqah anak pasangan ini diadakan secara sederhana di Shah Alam pada Sabtu.

Penyanyi itu turut mendedahkan perbuatan itu dilakukan oleh seorang lelaki penuntut sebuah universiti dan memintanya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam pada itu, Black berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan yang jelas mencabar kesabarannya.

Kata Black, dia sebelum ini sudah memberikan peluang kepadanya untuk membuat permohonan maaf tanpa mengambil sebarang tindakan namun permintaan itu tidak diendahkan.

“Saya nampak dia sudah melebihi batasan seolah-olah mahu mencabar kesebaran saya dan kami akan teruskan kes ini dan serahkan kepada peguam.

“Kami sentiasa terbuka hati untuk menerima permohonan maaf dan peluang itu masih terbuka tetapi kalau sudah mencabar sangat, kes ini perlu diteruskan,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai majlis cukur jambul dan aqiqah yang diadakan, Black berkata, ia diadakan secara sederhana bagi meraikan anak mereka yang genap berusia lima bulan bersama kaum keluarga, teman rapat dan rakan media.

Tags / Kata Kunci: Black.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan