"Pelakon Baru Mudah Dibentuk, Artis Senior Berlagak" - Shuhaimi Lua

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2015 12:57 PM

Barisan pelakon dan pengarah drama Puteri Gunung Ledang dan Jodoh Sebelah Pintu bergambar pada majlis sidang media yang diadakan pada Rabu lalu. Foto Ihsan HyppTV.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah drama Shuhaimi Lua Abdullah lebih selesa untuk bekerjasama dengan pelakon-pelakon baharu dalam drama arahannya biarpun mereka tidak mempunyai nama yang kuat dalam bidang lakonan.

Shuhaimi, 40, berkata, sebagai pengarah dia perlu terbuka dalam meletakkan kepercayaan selain perlu memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk menimba pengalaman sebagai pelakon.

"Saya sebenarnya lebih senang bekerjasama dengan pelakon baharu kerana mereka ini lebih mendengar kata dan senang dibentuk karektor masing-masing. Paling utama mereka harus diberikan peluang dan kita perlu percaya dengan bakat mereka," katanya kepada mStar Online.

Shuhaimi Lua.

Shuhaimi ditemui pada majlis pelancaran dua drama terbaharu HyppTV iaitu Puteri Gunung Ledang dan Jodoh Sebelah Pintu.

Puteri Gunung Ledang arahannya menampilkan barisan pelakon baru dan lama antaranya Atikah Suhaimi, Ammar Alfian, Sabhi Saddi, Aida Khalida, Amyza Adnan, Mimi Ernida, Idris Khan dan Keena Mentor. 

Dalam pada itu, Shuhaimi berkata, dia tidak terbeban apabila perlu memberi tunjuk ajar kepada pelakon baharu kerana ia adalah salah satu tugas seorang pengarah untuk memberikan ilmu.

Malah kata Shuhaimi, dia bertuah kerana sentiasa bertemu dengan pelakon baharu yang tidak melawan ketika ditegur di lokasi penggambaran.

"Saya ini memang sifatnya suka mendidik dan apabila perlu mengajar mereka tentang lakonan dan karektor sesuatu watak ia tidak menjadi bebanan kepada saya berbanding sikap berlagak pelakon-pelakon senior.

Ammar Alfian memegang watak utama dalam Puteri Gunung Ledang.

Sementara itu, Shuhaimi memberitahu A. Aida yang bertindak sebagai penerbit Puteri Gunung Ledang turut memberi kepercayaan penuh kepadanya dalam memilih barisan pelakon drama berkenaan.

Katanya, wanita itu turut percaya pendatang baharu dalam bidang lakonan yang berpotensi harus diberikan peluang menggilap bakat masing-masing.

"Saya bertuah kerana A. Aida memberi kelonggaran kepada saya untuk memilih barisan pelakon dan tidak mempunyai masalah apabila saya senaraikan beberapa nama baharu," katanya.
Pelakon baharu, Idris Khan dilihat berpotensi untuk pergi jauh dalam bidang lakonan.

Malah Shuhaimi turut memuji lakonan Idris Khan yang dilihat mempunyai potensi besar untuk pergi jauh kerana kredibiliti pemuda itu diluar jangkaannya.

Bercakap lanjut mengenai drama bersiri 30 episod itu, Shuhaimi berkata, mereka menjalani penggambaran selama 57 hari dan proses berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Malah dia tertarik untuk mengarahkan drama berkenaan kerana jalan ceritanya yang berlainan selain sarat dengan pengajaran khususnya buat golongan muda.

"Satu mesej jelas dalam drama ini adalah jangan cepat berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara dan itu yang Puteri Gunung Ledang cuba tonjolkan disebalik jalan cerita menarik," katanya.

Puteri Gunung Ledang bakal menemui penonton menerusi saluran HyppSensasi (116) bermula 15 Jun ini pada setiap hari Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan