Bade Tidak Tahu Sebutan Kes Cerai Dibuat Erma Fatima

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2015 5:30 AM

Bade Azmi

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Bade Azmi  berkata, kegagalannya hadir pada sebutan kes permohonan cerai oleh isterinya, Erma Fatima pada Khamis kerana tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 51, berkata, dia tidak pernah mendapat mana-mana panggilan telefon daripada peguam berhubung hal berkennaan.

“Saya tak pernah dapat call dari mana-mana peguam (mengenai) hal ini,” katanya kepada mStar Online menerusi mesej WhatsApp pada Khamis.


Hasil perkahwinan Bade dan Aida, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Terdahulu sebutan pertama kes permohonan cerai yang difailkan oleh Erma Fatima atau Fatimah Rahmad , 47, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Khamis terpaksa ditangguhkan selepas Bade gagal menghadiri prosiding berkenaan.

Sehubungan itu hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin membenarkan Erma mengemukakan notis amaran kerana ketidakhadiran suaminya itu.

Erma selaku plaintif diwakili peguam Jamal Lokman Mohd Sulaiman.

Kes berkenaan akan disebut semula 10 Ogos depan.

Sementara itu ditanya adakah Bade bersetuju mengenai permohonan cerai dibuat Erma itu, dia bagaimanapun enggan memberi apa-apa komen.

“Tak dapat nak komen lagi (mengenai hal itu),” katanya ringkas.


Erma Fatima
Erma Fatima

Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain berusia sembilan tahun.

Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida Abdul berasal dari Pahang.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak lelaki yang diberi nama Jihad, berusia enam bulan.
Tags / Kata Kunci: Erma Fatima , Bade

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan