'KL Raya Fest 2015' Bakal Himpun Pakaian Jenama Artis

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 12:22 AM

Liyana Jasmay juga akan terlibat dalam KL Raya Fest 2015 di PWTC pada Julai depan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 400 jenama pakaian milik artis dan usahawan bumiputera akan menghangatkan KL Raya Fest (KLRF) 2015 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Putra Kuala Lumpur (PWTC) 24 jam berturut-turut selama tiga hari bermula 11 Julai depan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mood Republik, Kimi Iskandar Ismail berkata, penganjuran kali kedua di PWTC itu bukan sekadar menggalakan usahawan bumiputera malah ia suatu acara amal bagi mengutip dana untuk pihak yang memerlukan.

Emma Maembong bakal menjual barangan jenamanya.

“Usahawan yang berniaga di program ini akan menyumbang dan juga menderma untuk beberapa pihak yang memerlukan seperti Rohingya Education Centre (REC), Madrasah Al-Nur Kemboja dan Yayasan Al Ijabah.

“Alhamdulillah menerusi beberapa acara yang sama pada tahun lepas, kami berjaya mengutip sebanyak RM600,000 daripada semua usahawan yang terlibat,” katanya kepada mStar Online.

Antara artis yang mempunyai jenama sendiri dan turut terlibat dalam KLRF 2015 ini ialah Neelofa, Didie Alias, Izzue Islam, Siti Nordiana, Liyana Jasmay, Memey Suhaiza, Emma Maembong dan Norman Hakim.
Afdlin Shauki yang akan menyertai KLRF kali ini berkata, acara dianjurkan oleh Mood Republik itu mampu membantu usahawan bumiputra disamping beramal untuk kebajikan.

"Saya sangat percaya dan yakin dengan mereka selepas melihat kejayaan acara yang dianjurkan oleh Mood Republik tahun lalu dan ini merupakan platform besar untuk usahawan di Malaysia.

“Menerusi program ini kami akan dapat sama rasa tempias niaga dan juga mengabungkan peminat-peminat untuk menjana ekonomi usahawan disamping melakukan kerja amal,” katanya.

Sementara itu, antara jenama besar yang menyertai KLRF 2015 ialah CalaQisya, Sugarscarf, Jubah Souq, Bella Ammara, Aidijuma, Zawara, Naelofar Hijab, Jelita Sara dan banyak lagi.

Afdlin Shauki
Afdlin Shauki

Pada acara pertama KLRF 2014 sebelum ini, Mood Republik telah mengadakan jelajah acara di Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan dan Pahang.

Setiap kali acara ini berlangsung, ia akan dibanjiri ramai pengunjung kerana kebiasaanya seramai 10,000 menanti di pintu masuk 12 jam sebelum KLRF bermula.

Biarpun diadakan buat pertama kalinya jualan tanpa henti selama 27 jam pada kali ini, pihak PWTC tetap menyediakan juadah berbuka puasa dan solat terawih untuk semua pengunjung yang hadir.
Tags / Kata Kunci: KL Raya Fest

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan