Erma Fatima & Bade Dilaporkan Bakal Bercerai

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 1:02 AM

Erma Fatima

(Ubah saiz teks)

DIKEMAS KINI

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Erma Fatima dilaporkan bakal bercerai dengan suaminya, Badaruddin Azmi, 51,  pada Khamis.

mStar Online difahamkan proses cerai akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gomak Timur, Keramat  dekat sini.

Erma, 47, atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad yang ditemui pemberita di Istana Budaya pada malam Rabu bagaimanapun enggan mengulas perkara itu sebaliknya meminta agar pihak media tidak mempercayai gosip berkenaan.

Bagaimanapun dia tidak menafikan akan berada di mahkamah pada Khamis.

Bade Azmi

“Kita jumpa esok (Khamis). Kalau ada esok… adalah…” katanya ringkas lalu bergegas ke keretanya semasa pihak media cuba mendapatkan pengesahan.

Dalam perkembangan terbaharu, wartawan mStar Online, Mohd Al Qayum Azizi berkata, kes pasangan itu akan disebut pada Khamis pukul 2.30 petang di mahkamah berkenaan.

Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain berusia sembilan tahun.

Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak lelaki hujung tahun lalu yang bernama Jihad, berusia enam bulan.

Terdahulu dalam satu temubual sebelum ini Erma dan Bade menafikan akan bercerai. Bade sebaliknya berkata dia masih sayangkan Erma.

Erma pula berkata dia boleh menerima hakikat hidup bermadu.
Tags / Kata Kunci: Erma Fatima , Bade

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan