Erra Fazira Bertudung Tanpa Desakan, Tiada Kaitan Shahir (AF8)

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 12:27 PM

Erra Fazira

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PENYANYI Erra Fazira menegaskan keputusannya memakai tudung bukan atas desakan sesiapa dan tiada kaitan dengan permintaan penyanyi Shahir (AF8) seperti yang diperkatakan baru-baru ini.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 41, berkata, penghijrahannya itu atas kehendak diri sendiri dan kerana Allah S.W.T memandangkan niat itu sudah lama disimpan.

"Let's clear our mind about that. Perkara itu langsung tidak benar sama sekali. Penghijarahan ini berlaku bukan atas kehendak siapa-siapa.

"Itu semua atas diri sendiri. Saya lebih suka dan terima kasih kepada Allah kerana ianya berlaku tanpa desakan siapa-siapa," katanya kepada mStar Online.

Erra Fazira

Erra ditemui pada majlis persembahan fesyen Safari Fauna Mimosa Raya 2015 rekaan Bianco Mimosa di Hotel Royale Chulan di sini pada malam Selasa.

Akhbar mingguan menerusi ruangan pojok pada Ahad melaporkan penghijrahan Erra dilakukan kerana mendapat sokongan Shahir.

Khabar angin itu muncul apabila Shahir telah membuka kelas fardhu ain di kampungnya, Perak dan Erra juga pernah menyatakan individu pilihan hatinya mempunyai ilmu pengetahuan yang mampu membimbingnya di dunia dan akhirat.

Sementara itu, Erra berkata, dia bersyukur penghijrahannya itu mendapat respons yang baik di kalangan keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Malah anaknya, Engku Aleesya Engku Emran, 6, juga teruja melihat perubahannya itu.

"Aleesya antara orang paling seronok melihat perubahan ini, Alhamdulillah. Lagipun sebelum ini dia pun ada lihat ibunya bertudung ketika menghadiri pelbagai aktiviti.

"Bagaimanapun, peralihan ini juga  bukan datang dalam sekelip mata. Banyak perubahan yang perlu dilakukan secara perlahan-lahan," ujarnya.

Dalam pada itu, Erra yang ditanya apakah respons jika peminat mengikut langkahnya berhijab, kata penyanyi lagu Berteman Sepi itu, ia adalah satu petanda yang baik.

"Saya tidak pasti tentang itu tetapi andai kata peminat-peminat berhijab kerana saya, Alhamdulillah. Ia satu impak yang bagus.

"Tidak mengapa jika seseorang itu berhijab kerana mengikut idola mereka kerana saya percaya Allah akan lahirkan rasa cinta dengan hijab dan sekali gus individu itu akan tahu tanggungjawab dan batas-batas mereka," tuturnya.
Tags / Kata Kunci: Erra Fazira

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan