Neelofa Pantau Tudung Jenamanya Dijiplak

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 7:11 AM

Neelofa

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab menjiplak rekaan tudung jenama ‘Naelofar Hijab’ tidak pernah menggugat perniagaan pemiliknya iaitu pelakon Neelofa.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, bagaimanapun berkata dia tetap mengambil perkara itu dengan serius kerana semakin ramai yang menjual tudung tiruan dengan menggunakan jenamanya.

Neelofa menunjukkan cara mengikat tudung Majestic Love .

"Saya tahu banyak tudung tiruan Naelofar di luar sana dan saya mempunyai 'team' tersendiri pantau berhubung perkara itu.

"Alhamdulillah, kebanyakan pihak yang kami jumpa, mereka memberi kerjasama dengan tidak menjual tudung tiruan Naelofar.

"Tetapi masih ramai lagi menjual, cuma saya tidak mempunyai masa untuk menguruskan perkara ini. Mujurlah ia tidak menggugat perniagaan saya," katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Neelofa ditemui pada majlis pelancaran koleksi tudung terbaharu Naelofar for ZALORA iaitu Majestic Love di Hotel Hilton di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, ditanya adakah dia boleh dipanggil sebagai jutawan muda seperti yang diperkatakan, Neelofa hanya tersenyum dan menganggap ia adalah satu doa daripada orang ramai.

"Saya aminkan sahaja jika orang berkata begitu," tuturnya.

Mengenai  Naelofar for ZALORA, pelakon filem Azura itu berkata, selepas empat bulan perniagaannya, dia ditawarkan pihak pengendali gudang fesyen dalam talian itu untuk bekerjasama menghasilkan sebuah koleksi khas untuk butik tersebut.


Neelofa (depan, tengah) bersama model yang memperagakan koleksi tudung terbarunya yang boleh didapati menerusi Zalora.

"Saya mahu lebih dikenali di kalangan pelanggan dan kerana itu reputasi cemerlang ZALORA merupakan sebab utama kami mengadakan usahasama ini.

"Koleksi Majestic Love disifatkan sebagai kemegahan dan keanggunan yang dilihat lebih bergaya dan elegan. Ia juga diberi sentuhan tambahan menggunakan fabrik kulit bagi motif bunga," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Neelofa

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan