Foto Mesra Bersama Kekasih, Aliff Aziz Mohon Maaf

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 12:30 PM

Foto mesra Aliff dan Bella di Instagram mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz memohon maaf kerana memuat naik foto-foto mesra bersama kekasih di akaun Instagram miliknya sehingga mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 23, berkata , dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk namun sekadar ingin berkongsi rasa bahagianya itu bersama peminat-peminat.

Alif Aziz
Aliff Aziz

"Sebagai artis, saya tahu tidak boleh terlalu berlebih-lebih dalam melakukan sesuatu perkara kerana boleh mengundang cakap-cakap orang.

"Dan kekerapan memuat naik foto mesra kami bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk, tetapi ini adalah cara saya menyampaikan rasa cinta pada dia (Bella) dan pada masa sama ingin berkongsi detik bahagia ini bersama peminat," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.

Ahad lalu, akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan Aliff bersikap terlalu terbuka apabila memuat naik foto-foto mesranya sehingga mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak.

"Saya seorang yang terbuka dengan komen-komen nasihat serta kritikan yang diberi tetapi laporan yang ditulis terlalu keras dan bagi saya bukan cara itu nak beri nasihat.

"Ia ditulis seolah-olah kami berkelakuan tidak senonoh, bukan itu caranya jika ingin memberi nasihat. Kasihanilah keluarga kami yang pastinya akan terkena tempias hanya kerana laporan itu.

"Saya tahu reputasi saya bukannya bagus sangat tetapi tidak bermakna kisah kami boleh ditulis begitu. Lagipun saya sedang berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik," ujarnya.

Aliff bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Bella.

Tags / Kata Kunci: Aliff Aziz

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan