"Campak Wang Ke Lantai, Mana Maruah Saya?" - Mael (XPDC)

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 5:30 AM

Kumpulan XPDC dianggotai oleh Mael, Eddie (bes), Lola (deram) Izu (gitaris).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan XPDC, Mael menyifatkan kegagalan Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini yang tertunda lebih sejam pada malam Sabtu lalu kerana isu bayaran.

Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim berkata, pihak penganjur iaitu DuaLaris Event yang punya angkara kerana enggan menjelaskan baki bayaran yang sepatutnya dilakukan sebelum persembahan berlangsung.

"Sebelum sidang media konsert ini lagi saya sudah tekankan pada penganjur bahawa saya mahu bayaran penuh dijelaskan sebelum saya bersama ahli-ahli lain mengadakan persembahan.

"Hampir setiap masa saya tekankan mahu bayaran penuh sebelum persembahan. Tetapi saya pula dimarahi semula dan mereka meminta saya nyanyi dahulu baru dapat bayaran.

"Kemudian, apabila saya bertegas mahu bayaran dijelaskan juga sebelum persembahan, salah seorang daripada pihak penganjur mencampak duit itu ke lantai di depan orang ramai.

"Ketika itu saya rasa maruah saya dihina kerana perbuatannya. Tetapi lain pula jadinya apabila orang berkata-kata kononnya sayalah punca konsert itu gagal.

"Bagi saya, XPDC telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu dan kegagalan konsert itu bukan berpunca daripada saya. Mereka yang melambatkan acara," katanya ketika dihubungi mStar Online pada petang Ahad.

Mael dan Izo pada Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini di Stadium Merdeka Sabtu lalu.

Pada Sabtu lalu, Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini di Stadium Merdeka di sini terjejas apabila vokalisnya Mael tidak muncul pada waktu dijanjikan.

Meskipun kesemua anggota XPDC iaitu  Eddie (bes), Lola (deram) Izu (gitaris) telah memulakan persembahan pembukaan di atas pentas, tetapi kelibat Mael tidak kelihatan dan lebih mengundang kemarahan penonton apabila seorang penyanyi tidak dikenali menggantikan tempatnya dengan lagu Hidup Bersama.

Kemudian konsert dihentikan selama sejam lebih sehingga membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.

Dalam pada itu, Mael menambah, dia juga berasa terkilan apabila acara persembahan konsert dimulakan dahulu tanpa menunggu dia yang sedang perjalanan ke stadium, berkenaan.

"Bayangkan, apabila saya sampai stadium kira-kira pukul 9.10 minit, persembahan sudah dimulakan tanpa saya.

"Sedangkan ia adalah konsert saya, tetapi saya tiada. Pelik bukan? Setakat lewat 10 minit takkan tak boleh tunggu?

"Sudahlah saya sanggup berkorban tidak menziarahi abang saya yang meninggal dunia pada sebelah petang di Muar, Johor, demi konsert ini, mereka buat saya begini," luahnya.

Tambah Mael, dia kini sedang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur yang dianggap tidak menepati janji selain telah memburuk-burukkan namanya kepada pihak lain.

Sementara itu, salah seorang penganjurnya, Mahmud Abu Bakar berkata, isu bayaran bukanlah punca sebenar konsert itu sebaliknya ia berpunca daripada masalah peribadi dan sikap tidak professional Mael sendiri.

"Dia (Mael) mempunyai masalah peribadi kerana abangnya baru saja meninggal dunia. Jadi mood dia pun dah lari.

"Pihak kami nak salahkan dia 100 peratus pun, rasanya tidak adil baginya. Cuma bagi pihak kami, yang dah lama membuat persiapan rapi, ia (konsert) cukup menghampakan," ujarnya.

Terdahulu pada sidang media konsert berkenaan yang diadakan pada 14 Mei lalu, Mael turut menimbulkan rasa kurang senang pihak media apabila beberapa soalan yang diajukan disambut dingin.

Perbuatan Mael itu memaksa penganjurnya terpaksa memohon maaf kepada Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) kerana kecewa dengan sikap tidak professional Mael dalam sebuah sidang media. 
Tags / Kata Kunci: Mael , XPDC , DuaLaris Event

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan