Pereka Fesyen Puji Sikap Adibah Noor Tak Cerewet Rekaan Baju

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 12:30 AM

adi

Adibah Noor

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pereka fesyen Ezuwan Ismail berkata dalam ramai artis yang bekerjasama dengannya, penyanyi Adibah Noor antara selebriti paling mudah berurusan dan tidak cerewet.

Ezuwan berkata, Adibah juga antara artis yang sering memberi kepercayaan penuh untuk dia menghasilkan apa jua rekaan dan tidak menyekat kreativitinya menghasilkan rekaan.

“Setakat ni kebanyakan pelanggan saya tak kira sama ada selebriti atau VVIP mereka tiada masalah tetapi artis yang paling saya gemari ialah Adibah Noor.

“Sudah banyak pakaian untuk Adibah Noor saya hasilkan dan selalunya dia hanya hubungi saya dan tidak perlu lihat contoh rekaan,” katanya kepada mStar Online.

Ezuwan Ismail bersama anaknya, Eisa dan Ungku Ismail. Foto ART CHEN

Selain itu, Ezuwan berkata Adibah juga tidak pernah berkira soal bayaran dan sentiasa membayar penuh apabila pakaiannya siap.

“Suatu perkara yang istimewa mengenai Adibah Noor, dia memberi tidak suka kalau saya mahu taja pakaiannya.

“Adibah akan bayar saja kalau saya nak taja pun, dia memang akan tolak dengan cara baik dan akan beritahu tidak memerlukan tajaan” katanya.

Sementara itu, Ezuwan yang sudah lima tahun terlibat dalam rekaan fesyen baru sahaja melancarkan koleksi terbaru sempena labaran ini dengan jenama EISA.

EISA dipilih sempena nama sulung anaknya, Eisa Zhafran yang baru berusia setahun dan untuk koleksi ini, Ezuwan mengangkat Engku Ismail Aziz sebagai ikon utama.

Sebanyak 10 jubah dihasilkan dengan pelbagai variasi warna menerusi koleksi kali ini dan ia dijual pada harga RM299 di laman sosial serta butik milik Ezuwan. 
Tags / Kata Kunci: Ezuwan Ismail , Adibah Noor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan