Tawaran Berlakon Makin Banyak Sejak Kontroversi GST - Mawar Rashid

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 4:25 AM

Mawar Rashid

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon baharu Mawar Rashid menyifatkan terdapat hikmah di sebalik kontroversi berikutan tidak tahu mengenai perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ketika terlibat dengan pertandingan program Dewi Remaja 2014/2015 baru-baru ini.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 20 berkata, walaupun dikritik hebat di laman sosial, dia juga menerima pelbagai tawaran lakonan sejak isu itu tercetus.

"Sebenarnya saya tidak mahu bercakap mengenai isu (GST) ini lagi tetapi benar kontroversi tersebut telah memberi hikmah yang besar buat diri saya.

"Sejak isu tersebut menjadi viral, saya sering menerima tawaran lakonan pula. Alhamdulillah, dalam keadaan yang sangat serabut, Allah membuka pintu rezeki saya," katanya kepada mStar Online.

Beberapa minggu lalu, Mawar dihentam teruk oleh golongan netizen (pengguna sosial media) apabila menyifatkan pelakon muda itu seorang yang tidak cerdik kerana tidak tahu perkembangan semasa iaitu GST.

Sementara itu, Mawar memberitahu, ekoran gosip itu juga, ia membuatkan dia kini lebih berhati-hati dalam percakapannya selain mengambil tahu dan mempelajari  lebih banyak pengetahuan am.

"Saya tahu macam-macam orang kutuk saya sebagai contoh tidak cerdik. Tidak mengapa, itu semua pengajaran buat saya untuk menjadi seorang yang lebih pekla terhadap perkembangan semasa.

"Jujurnya, saya memang patah semangat gara-gara isu itu, tetapi selepas seminggu, saya mula bangkit dan tolak ketepi anasiranasir negatif.

"Yang saya tahu, saya ingin menjadi seorang yang berguna buat masyarakat dan ingin tampil dengan pakej lakonan yang bagus juga," ujarnya.

Pada final Dewi Remaja 2014/2015  yang berlangsung pada 24 Mei lalui, Mawar berjaya memenangi kategori Dewi Kegemaran yang ditentukan sepenuhnya melalui undian peminat. Manakala peserta Raysha Rizrose diumumkan pemenang utama Dewi Remaja.

Tags / Kata Kunci: Mawar Rashid

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan