Persembahan Bertenaga BTS Berjaya Pukau 1,000 Peminat K-pop

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 1:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan BTS berjaya memukau lebih seribu peminat yang hadir pada persembahan "Episode II The Red Bullet" yang diadakan di Mega Star Arena, Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Bangtan Boys atau dikenali sebagai BTS dilihat berjaya menghiburkan para peminat yang hadir dengan persembahan bertenaga mereka.

BTS dianggotai oleh tujuh orang anak muda iaitu Rap Monster, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook.

Seperti dijanjikan konsert berkenaan bermula pukul 6 petang dan peminat mula histeria dengan laungan BTS sehingga ia bergema seluruh Arena apabila montaj mengenai kumpulan itu ditayang sebelum mereka muncul di atas pentas.

Mereka memulakan persembahan dengan nyanyian lagu Everybody Say No dan diteruskan dengan lagu We Are Bulletproof.

Setiap tarian yang dilakukan ketika persembahan seolah-oleh memukau peminat yang hadir dengan gerak tarian yang bertenaga ditunjukan.

Lagu lain yang turut dinyanyikan pada konsert tersebut ialah Let Me Know, Rain, Blanket Kick, Just One Day, Look Here, Propose, Tomorrow, Miss Right, Pretty Women, If I Ruled The World, Danger dan Boy in Love.


Dalam pada itu, BTS juga turut menyampaikan lagu baharu bertajuk I Need You pada persembahan yang diadakan buat pertama kali pada konsert ini.

Mereka juga cuba berkomunikasi bersama peminat yang hadir menggunakan beberapa perkataan bahasa melayu seperti apa khabar, aku cinta mu, bagus dan mari menyanyi bersama.

Sementara itu, rata-rata penonton yang hadir turut mengiringi nyanyian kumpulan BTS dan ada diantara mereka berdiri dan menari ketika lagu dimainkan.

Ini merupakan konsert pertama kumpulan BTS yang diadakan di Malaysia.

BTS telah berjaya menjadi sebuah kumpulan K-pop yang hangat di dunia K-hip hop serta dunia K-pop sejak lagu debut mereka “No More Dream” pada tahun 2013.

Konsert BTS Live Trilogy Di Malaysia 2015 “EPISODE II THE RED BULLET” ini dianjurkan oleh IME Productions.

Terdahulu, kumpulan ini pernah memenangi pelbagai anugerah muzik seperti Melon Music Awards (2013), Golden Disk Awards(2014, 2015), Seoul Music Awards (2014, 2015) dan Gaon Chart K-POP Awards (2014, 2015).
Tags / Kata Kunci: BTS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan