"Jangan Terjebak Beli Prodok Kecantikan Online" - Fathia

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 4:30 AM

Nur Fathia Latiff

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Nur Fathia menasihati peminatnya agar tidak terjebak dengan produk kecantikan tiruan khususnya yang dijual secara dalam talian kerana ia akan mendatangkan mudarat.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 28, berkata, orang ramai harus mengetahui keaslian yang terdapat pada sesuatu produk sebelum membelinya agar tidak timbul masalah kemudian hari.

"Sebagai pengguna, orang ramai harus memastikan keaslian sesuatu barang yang dibeli kerana ketika ini terdapat banyak produk tiruan berada di pasaran.

"Saya sarankan orang ramai agar membeli produk kecantikan di tempat yang betul kerana jika menggunakan produk tiruan ia akan memberi kesan teruk pada wajah," katanya kepada mStar Online.

Fathia ditemui pada majlis beramah mesra bersamanya sebagai duta Avon cawangan butikkecantikan itu, Neyraz Enterprise, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini di sini pada Jumaat lalu.

Tambah Fathia, sebagai seorang pengguna mereka haruslah bijak dalam memilih produk kencantikan dan mengatahui kandungan bahan yang digunakan terlebih dahulu sebelum memakainya.

Fathia Latiff

Dalam pada itu, Fathia berkata, dia kini lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu produk kencantikan kerana pernah ditipu oleh penjual yang memberinya produk tiruan.

"Sebelum ini saya pernah ditipu kerana selepas menggunakan produk tersebut muka saya naik bintik-bintik dan kesannya amat teruk.

"Kebanyakan penjual suka memberi janji palsu dengan menyatakan produk mereka adalah original sedangkan ia adalah tiruan jadi saya berharap agar orang ramai membeli produk yang diiktiraf oleh kerajaan," katanya.

Sementara itu, bercerita mengenai tugasnya sebagai duta Avon, Fathia akan menjelajah ke tiga buah butik itu yang telah memenangi cabaran jualan tertinggi wangian Avon Only Delight.

Dalam siri jelajah itu dia akan berkogsi pengalaman menggunakan produk kencantikan dan wangian Avon.

Selain Neyraz Enterprise dua lagi butik yang bakal menerima kunjungan Fathia ialah butik Avon Enzad, Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang (6 Jun 2015) dan  Shaini Enterprise di Mersing, Johor (7 Jun 2015).

Menerusi siri jelajah diadakan Avon akan melancarkan kempen Jalinan Kasih Avon iaitu dengan pembelian produk kecantikan yang dijual, setiap 50 sen daripadanya akan disalurkan kepada keluarga miskin yang memerlukan.
Tags / Kata Kunci: Fathia Latiff , Avon

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan