Peminat Sokong Usaha Ungku Ismail Perangi Kanser

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 12:30 AM

Ungku Ismail

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ungku Ismail Aziz mendapat lebih 600 foto peminatnya  menutup muka menggunakan hashtag #travellingberuang di Instagram dalam usaha menyokong kesedaran penyakit kanser.

Ungku Ismail, 30, berkata hashtag yang diwujudkan menerusi media sosial Instagram itu adalah untuk menyingatkan orang ramai tenyang bahaya penyakit kanser terutamanya keapda kanak-kanak.

“Sebenarnya Travelling Beruang merupakan tajuk telefilem. Selepas menerima tawaran untuk projek ini saya menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

“Apabila kami pergi ke Kelantan dan berjumpa dengan Adik Mimi, tiba-tiba saya rasa macam perlu buat satu kempen kesedaran. Jadi saya terus meminta peminat menggunakan #travellingberuang” katanya kepada mStar Online.

Ungku Ismail bersama adik Mimi yang menghidap kanser.

Menerusi hashtag tersebut, Ungku Ismail meminta peminatnya menutup separuh muka seperti Adik Mimi yang sentiasa berada dalam keadaan begitu untuk menapis udara yang kotor.

Selain itu, Ungku Ismail berkata dia berasa terharu atas kejayaan kempen kesedaran itu kerana biarpun baru sahaja dua minggu diwujudkan namun mendapat sambutan yang luas dari orang ramai.

“Saya tidak sangka gambar dan hashtag itu menjadi viral di media sosial. Alhamdulillah saya menerima sokongan yang besar kerana ada yang memuat naik foto mereka termasuklah peminat dari Singapura, Brunei dan Australia.

“Selepas menjadi viral, pihak TV3 menjemput saya untuk program MHI (Malaysia Hari Ini). Kemudian satu perbincangan dijalankan dan ada berita yang baik tetapi biar kami simpan dahulu,” katanya.

Contoh gambar-gambar menutup muka sebagai menyokong kempen dilakukan Ungku Ismail.

Sementara itu, dalam Travelling Beruang Ungku membawa watak sebagai seorang bapa yang mempunyai anak menghidapi kanser.

Tambah Ungku Ismail, dia juga membeli dua patung beruang dan memberikan satu kepada Adik Mimi dan satu lagi akan digunakan untuk pengembaran telefilem tersebut.
Tags / Kata Kunci: Ungku Ismail

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan