"Hamil Anak Kedua, Isteri Suka Meragam" - Aeril Zafrel

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 3:00 AM

Wawa kini hamil anak perempuan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel memberitahu isterinya Wawa Zainal lebih kerap meragam ketika mengandungkan cahaya mata kedua mereka yang kini memasuki usia enam bulan.

Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 27, berkata, ketahanan diri isterinya itu juga agak lemah berbanding kandungan pertama apabila sering tidak sihat dan selalu bersikap dingin.

"Kandungan kali ini berbeza sedikit kerana mood dia tidak konsisten, kadang-kadang sebab jerawat pun dia tiada mood nak keluar rumah.

"Apa yang saya lihat kandungan pertama dia lebih kuat, mungkin sebab banyak urat putus sewaktu melahirkan anak pertama dan ketahanan badan dia tidak seperti dahulu," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Aeril berkata, isterinya itu tidak terlalu cerewet atau mengidam sesuatu makanan seperti kebiasaan wanita mengandung.

Dia juga mendedahkan jantina anak dalam kandungan tersebut adalah perempuan seperti yang diharapkan isterinya.

"Alhamdulillah, dia tidak mengidam yang bukan-bukan, kalau ada pun dia tidaklah memaksa untuk saya dapatkan makanan itu," ujarnya.

Aeril Zafrel

Sementara itu, Aeril berkata, sepanjang bulan Ramadan, dia akan berehat daripada sebarang penggambaran drama bagi membantu isterinya menguruskan perniagaan pakaian dibawah label WA.

Katanya, Wawa kini lebih memberi perhatian menguruskan perniagaan pakaian tersebut secara kecil-kecilan berbanding bidang lakonan.

"Saya suka dia sibuk dengan anak dan uruskan bisnes itu. Hal mencari rezeki dan berlakon biar saya sahaja yang buat, namun saya tidak menghalang kalau dia rasa rindu untuk berlakon," ujarnya.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal pernah mencetuskan kontroversi pada Oktober 2013 apabila mendedahkan mereka sudah bernikah sebanyak dua kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan kali kedua, 4 Februari 2013.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos 2013.

Dalam perkembangan lain, Aeril turut terlibat dalam drama Hidayah Mu Ramadan menghiasi bulan Ramadan di slot Samarinda, TV3.

Drama itu sudah disiarkan bermula pada 4 Jun lalu.

Selain Aeril,  Hidayah Mu Ramadan turut dibintangi  Zara Zya, Aeril Zafril, Reen Rahim, Nazrief Nazri dan Roy Azman.
Tags / Kata Kunci: Wawa Zainal , Aeril Zafrel

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan