Tertekan Punca Sharifah Shahora Dedah Suami Curang

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 5:45 AM

Sharifah Shahora dan suaminya Raja Mukriz.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Shahora menganggap pendedahan mengenai kecurangan jurukamera Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, 43, di media sosial baru-baru ini bukan bertujuan untuk mengaibkan suaminya itu.

Shahora, atau nama sebenarnya Sharifah Shahora Syed Akil, 40, berkata, tindakannya yang dianggap tidak waras itu berikutan rasa tertekan dan kecewa selepas mengetahui dipermainkan oleh suami sendiri bersama wanita yang tidak dikenali.

"Saya bukan nak aibkan suami sendiri, tapi saya sudah tidak tahan dan tertekan kerana berasa ditipu. Bayangkan, saya tengah tidur mereka bermesej-mesej.

"Saya ada terbaca mesej perempuan itu bertanya, "manager mana?" suami saya balas, "dia tidur" dan perkara itu membuatkan saya rasa geram dan terlalu marah sehingga memuat naik perkara tersebut di laman sosial," katanya kepada mStar Online, di sini, Khamis.

Shahora ditemui selepas pelancaran program Ramadan TV3 dan TV9 yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini, pada Khamis.

Shahora turut mengakui kejadian tersebut membuatkan hubungan rumah tangga mereka dingin ibarat retak menanti belah.

Sharifah Shahora.

"Nasib baik saya dapat tahu perkara ini, jika tidak tentu sampai sekarang saya fikir suami sayangkan saya sangat-sangat walhal dia berhubung dengan perempuan lain.

"Selepas saya membuat pendedahan tersebut di laman sosial, dia ada mengaku salah dan minta maaf serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya lagi.

"Tetapi susah untuk saya terimanya kerana kali pertama saya dapat ‘menangkap’ perbuatannya iaitu tiga bulan lalu dan saya sangka dia tidak mengulanginya lagi," ujar Shahora.


Bagaimanapun Shahora berkata, mereka masih tinggal sebumbung dan mencari ruang untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina.

Katanya, buat masa ini dia menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan.

"Saya beberapa hari tidak bercakap dan hanya hantar mesej sahaja jika ada apa-apa yang ingin diberitahu. Nasib baik juga rumah kami tiga tingkat, seorang di atas dan seorang di bawah.

"Dia juga dalam usaha memujuk saya, cuma saya sahaja mahu diberi sedikit ruang untuk menyejukkan hati ini," ujarnya.

Tambah Shahora, wanita tersebut juga ada menghubunginya untuk meminta maaf dengan apa yang berlaku.

Pada Selasa lalu, Shahora mendedahkan dilaman sosial Instagram dan Twitter miliknya tentang seorang wanita yang dikenali sebagai Yanie mempunyai hubungan dengan suaminya.

Sharifah Shahora mendirikan rumah tangga pada 26 Oktober 2008 dan belum dikurniakan cahaya mata. 
Tags / Kata Kunci: Sharifah Shahora , Raja Mukriz

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan