10 Artis Jadi 'Duta Syukur Selalu' Sempena Ramadan Di TV3 & TV9

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 12:05 AM

Antara artis dan pengacara yang dilantik sebagai duta Syukur Selalu bagi mempromosikan program Ramadan di TV3 dan TV9.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 10 pelakon dan pengacara dipilih menjadi duta kempen Syukur Selalu untuk mempromosikan program-program istimewa di saluran TV3 dan TV9 sepanjang bulan Ramadan ini.

Antara selebriti popular yang bakal mewarnai stesen TV3 terdiri daripada Shukri Yahya, Aeril Zafril, Zara Zya, Izreen Azminda, Fara Fauzana dan Ahmad Fedtri Yahya.

Manakala, bagi wajah selebriti program TV9 pula ialah Elfira Loy, Fadlan Hazim, Kaka Azraff dan Fizo Omar.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, kempen Seindah Ramadan pada tahun lalu yang berjaya menawan hati lebih 15 juta penonton di Malaysia memberi dorongan kepada Media Prima untuk kembali dengan program-program terbaik sepanjang Ramadan ini.

"Kempen tahun lalu sangat baik sehingga bazar Ramadan yang kami anjurkan di Melaka dan Perak dibanjiri 100,000 pengunjung.

"Jadi pada tahun ini kami melakukan penambahbaikan dan menyuntik beberapa elemen baru supaya kekal relevan selain membariskan artis popular yang menghiasi program dan drama sepanjang Ramadan ini," ujarnya.

Ahmad Izham Omar

Tambah Ahmad Izham, antara program TV3 menarik yang bakal menghiburkan penonton sepanjang bulan Ramadan adalah Jejak Rasul As-Salam 2015, Qari Jr, Detik 12 Tengahari, Apa Nak Makan Ni?, Madrasah, Kias Ramadan, Moreh, Sembang Sahur dan HidayahMu Ramadan.

Manakala, TV9 juga tidak ketinggalan dengan program menarik seperti Di Sebalik Doa, Manisnya Sunnah, Bila Bukang Masuk Dapur, Khilaf Seorang Isteri, Dia Ibuku dan Misiku Kubur.

Lebih istimewa, drama bersiri terbaharu menghiasi slot Sehra iaitu Wadi lakonan Syafie Naswip, Amyza Aznan dan Ardell Aryana akan disiarkan seminggu awal di Tonton Premiere bermula 20 Jun 2015.

Sementara itu, katanya, beberapa aktiviti menarik bakal berlangsung sempena kempen tersebut adalah Bazar Syukur Selalu di Dataran Tok Gajah, Temerloh, Pahang pada 27 Jun dan Plaza Angsana, Johor Bahru pada 4 Julai depan.

Selain itu, Skuad Syukur Selalu juga akan mengunjungi lokasi-lokasi Bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang bermula 19 Jun ini.
Tags / Kata Kunci: Syukur Selalu , TV3 , TV9 , Ahmad Izham

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan