Sharnaaz Ahmad Enggan Lagi Lantang Bersuara

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 4:00 AM

Sharnaaz Ahmad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad mengambil pendekatan tidak mahu terlalu lantang dalam mengeluarkan kenyataan di akaun Instagram miliknya seperti yang sering dilakukan sebelum ini.

Kata Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 30, dia menyedari setiap status yang dimuat naik di Instagram sering mendapat perhatian sehingga menjadi kontroversi dan perkara itu membuatkan dia lebih berhati-hati selepas ini.

"Itulah, kebanyakan status saya mesti jadi isu. Mungkin saya perlu perlahankan kelantangan saya itu.

"Cuma sebab saya buat macam itu pun bagi menjelaskan sesuatu isu atau mengelakkan kekeliruan terutamanya peminat. Dan apabila mereka baca, mereka akan faham," katanya kepada mStar Online.

Sharnaaz yang ditemui di majlis pelancaran filem Darah Panas di TGV One Utama pada Isnin diminta mengulas mengenai kebanyakan kenyataannya yang dimuat naik di Instagram menimbulkan pelbagai kontroversi.

Sementara itu, mengenai filem Darah Panas, Sharnaaz berasa risau mengenai respons peminat mengenai mutu lakonannya memandangkan penggambaran filem itu dibuat tiga tahun lalu.

Namun pelakon itu sedia menerima kritikan jika lakonannya itu tidak memberangsangkan.

"Saya tak kisah jika orang nak kritik lakonan saya. Kalau saya kritik orang boleh, takkan saya tak boleh dikritik pula bukan?

"Tetapi, tidak dinafikan saya berdebar menantikan respons peminat mengenai mutu lakonan saya," ujarnya.

Darah Panas
mengisahkan Syahana, seorang gadis yang berpegang pada agama, namun bercita-cita menjadi seorang model muslimah kerana terpengaruh dengan video di laman sosial.

Syahana berkenalan dengan Fandi melalui laman sosial dan meminta bantuan Fandi bagi mencapai cita-citanya dan menyatakan hasrat kepada keluarganya, namun ditentang ayah dan abangnya.

Bagaimanapun dia tetap mahu meneruskan cita-citanya, lalu mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur. Setibanya di ibu kota, Fandi membawa Syahana ke dunia pelacuran.

Filem arahan Arjin Uppal yang turut membariskan pelakon Fathia Latiff, Datuk Jalaluddin Hassan, Sofi Jikan dan Aznah Hamid bakal ditayangkan bermula Khamis ini.

Tags / Kata Kunci: Sharnaaz Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan