Maya Ruslee Mahu Kunci Mulut Masalah Rumah Tangga

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 12:30 AM

Maya Ruslee

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Pelakon dan penyanyi Maya mengambil pendekatan untuk mengunci mulut mengenai status rumah tangganya kerana menganggap ia bukan masa yang sesuai untuk bercerita hal itu.

Maya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, 39, berkata, dia akan mendedahkan mengenai pertanyaan itu apabila tiba masanya nanti sebagai menghormati keadaan ibunya yang menghidap strok.

Barisan artis yang akan membuat persembahan sempena Ramadan nanti di Hotel Dorsett, Subang Jaya, Selangor.

"Saya tidak mahu menyukarkan keadaan ketika ini jadi biarlah saya mengunci mulut dulu kerana nanti bila sudah sampai masa biarlah saya sendiri akan umumkan.

"Sebenarnya ia amat amat rumit untuk dijelaskan dengan keadaan mak yang sakit jadi biarlah saya kunci mulut buat sementara waktu supaya dia tidak susah hati memikirkan masalah yang dihadapi," katanya kepada mStar Online.

Maya ditemui pada pelancaran majlis berbuka puasa  'Selera Bonda' di Hotel Dorsett Grand, Subang, di sini, Isnin.

Maya Ruslee.
Antara artis yang hadir ialah Jaafar Onn, Rohana Jalil, Nas (Kilauan Emas), Faizal Zain, Sam Iskandar dan Shazroul Fazlie Zahari.

Dalam pada itu, Maya berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan hal rumah tangganya tetapi ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.

Dia juga enggan hal berkenaan akan memudaratkan lagi penyakit dihadapi oleh ibunya apabila akan ada orang datang untuk bertanyakan hal tersebut.

Dalam perkembangan lain, Maya bakal muncul dengan single terbaharu bertajuk Setia yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Selain itu, bercerita mengenai majlis berbuka puasa  'Selera Bonda' di Hotel Dorsett Grand, Maya dan barisan artis terlibat akan menghiburkan tetamu yang berkunjung berbuka puasa di hotel itu nanti.

Untuk tempahan berbuka puasa bersama selebriti di Dorsett Grand Subang boleh hubungi 03-50316060.

Bayaran berbuka puasa di hotel ini ialah RM140 seorang.

Tags / Kata Kunci: Maya Ruslee

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan