Anak Angkat Jodohkan Emma Akma Dengan Bapa Sendiri

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 12:25 PM

Emma Akma

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dramatis Emma Akma Yunus yang serik untuk kahwin kerana dipukul suami akhirnya bakal betemu jodoh buat kali ketiga gara-gara memenuhi permintaan anak angkatnya Dayang Izzati yang berusia 10 tahun.

Lebih bermakna, bakal suami itu adalah bapa kepada kanak-kanak tersebut iaitu Omar Ramli, 47.

Emma Akma, 46, berkata, Dayang Izzati telah merancang supaya dia dan Omar dapat disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.

"Anak saya sebenarnya yang menjadi mastermind dalam perkahwinan saya dengan  ayahnya kerana dia merancang segala-galanya tanpa pengetahuan saya dan bakal suami mengenai perkahwinan ini.

"Dia beritahu ayahnya, saya mengajak untuk berkahwin dan bercerita perkara serupa kepada saya. Pada hal saya dan Omar tak pernah pun cakap macam tu.

”Bermula dari situlah hati kami terbuka untuk disatukan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Emma dan bakal suaminya, Omar.

Emma dan Omar akan diijabkabulkan pada 9 Jun ini di Kompleks Dato Haji Kamarulzaini, Gombak dekat sini.

Tambah Emma, dia mengambil Dayang Izzati daripada Omar sejak 10 tahun lalu untuk dijadikan anak angkat dan tidak menyangka akan berkahwin dengan individu itu yang sebelum ini dianggap sebagai abang.

"Saya memang sudah lama kenal dia ketika mengambil anaknya sebagai anak angkat   dan ketika itu memang tiada apa-apa perasaan untuk berkahwin dengannya,," jelas Emma.

Emma berkata, sebelum ini dia sudah serik untuk berkahwin selepas trauma dipukul suami semasa perkahwinan kedua namun tiada sesiapa dapat menyangka soal jodoh.

Selain Datang Izzati, Emma mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan pertamanya  iaitu Zuairin, 23.

Dalam perkembangan lain, Emma kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Chef Ramadan yang akan disiarkan di TV3 pukul empat petang  sepanjang Ramadan ini.

Drama tersebut turut dibintangi Talha Harith, Muntazar Ghufran, Firdaus Ghufran, Wan Sharmila,  Shamsul Ghau Ghau, dan Zizan Nin.
Tags / Kata Kunci: Emma Akma

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan