Pengarah Sangkal Sengaja Cetuskan Kontroversi 'Panas' Fathia

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 5:30 AM

Nur Fathia Latiff

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Darah Panas, Arjin Uppal menegaskan kontroversi kononnya terdapat adegan panas aktres Fathia Latiff  dalam karyanya itu bukan sengaja dicetuskan.

Arjin berkata, sebagai seorang pengarah, dia tidak akan melakukan perkara itu apatah lagi memalukan pelakon-pelakonnya dengan kontroversi yang tidak berasas semata-mata mahu meraih perhatian.

"Oh tidak... Saya tidak akan mencetuskan kontroversi yang boleh memalukan pelakon saya demi meraih publisiti murahan.

"Itu bukan cara saya dan kontroversi yang timbul adalah perkara yang tidak patut menjadi bahan cerita orang ramai," katanya kepada mStar Online.

Arjin ditemui pada majlis pra tonton filem Darah Panas di TGV One Utama di sini pada Isnin.

Poster filem Darah Panas. Dari kiri Adam Corrie, Sofi Jikan, Fathia Latiff, Sharnaaz Ahmad, Jalaluddin Hassan dan Aznah Hamid.

Selain Fathia, turut hadir pada majlis itu ialah Adam Corrie, Sharnaaz Ahmad dan Sofi Jikan.

Baru-baru ini, Fathia meluahkan rasa bengang dengan sebuah portal yang dikatakan telah menjatuhkan maruahnya dengan menggunakan tajuk 'Darah Panas Papar Fathia Tanpa Seurat Benang'.

Laporan itu menyebut Fathia dikehendaki tampil ‘bogel’ dalam filem terbaharu melalui kaedah teknik kamera.

Lebih teruk lagi foto seorang wanita separuh bogel pula tersebar kononnya ia adalah Fathia ketika terlibat dengan penggambaran filem tersebut.

Sementara  itu, Arjin berharap, masyarakat tidak terlalu cepat salah anggap berhubung gosip tersebut kerana tiada babak melampau yang dipaparkan.

Bagaimanapun Arjin berkata, dia sedikit kesal apabila pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) meletakkan filem tersebut bagi tontonan kategori 18SG.

"Saya rasa ini tidak keterlaluan dan ia boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

"Tambahan pula LPF hanya memotong 45 saat bagi beberapa babak filem itu.

Arjin Uppal 

Bagaimanapun saya perlu  terima perkara itu dengan hati terbuka dan berharap agar filem ini dapat mengumpul penonton yang ramai," tuturnya.

Mengisahkan Syahana, seorang gadis yang berpegang pada agama, namun bercita-cita menjadi seorang model muslimah kerana terpengaruh dengan video di laman sosial.

Syahana berkenalan dengan Fandi melalui laman sosial dan meminta bantuan Fandi bagi mencapai cita-citanya.

Syahana menyatakan hasrat kepada keluarganya, namun ditentang ayah dan abangnya. Syahana tetap mahu meneruskan cita-citanya, lalu mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Setibanya di ibu kota, Fandi membawa Syahana ke dunia pelacuran.

Darah Panas akan menemui penonton bermula Khamis ini.

Tags / Kata Kunci: Fathia , Darah Panas , Arjin Uppal

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan