Azmir Arif Dipandang Hina Kerana Tidak Punyai Kekasih

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 2:30 AM

Azmir Arif

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Azmir Arif tidak gemar sikap segelintir masyarakat yang menilai kisah peribadinya dengan membuat tuduhan dia menjalani kehidupan songsang hanya kerana belum mempunyai kekasih hati.

Azmir, 31, berkata biarpun cerita buruk itu sering diperkatakan sejak lima tahun lalu namun dia mengakui tidak terjebak dengan perkara sedemikian.

“Sejak dari tahun 2010, orang selalu kaitkan saya dengan percintaan songsang tetapi terpulang pada pendapat masing-masing namun ia satun tuduhan yang berat.

“Sejujurnya saya tidak berapa gemar orang menilai sebegitu rupa kerana yang penting sekarang adalah bidang nyanyian saya,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, Azmir berkata dia tidak ambil peduli jika orang kaitkan statusnya sebagai anak bongsu dengan amalan sedemikian.

Azmir Arif

Namun Azmir mengakui yang dia sangat rapat dengan arwah ibunya sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur dan meneruskan kerjaya nyanyian.

“Terpulang pada orang untuk menilai tapi ramai teman rapat tahu tingkah laku dan perbuatan saya jadi tak perlu saya nak buktikan lagi.

“Saya memang anak bongsu dan tak menafikan saya sangat manja dengan arwah mak suatu ketika dulu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azmir kini baru sahaja melancarkan album berjudul Cinta Kita Berdua yang memuatkan lapan buah lagu dan dua lagu minus one.

Amir menampilkan pelbagai rentak lagu didalam satu album iaitu pop, balada, hip hop dan juga tradisional.

Album terbaru ini diterbitkan oleh Rohana Kasih Production dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia.

Antara komposer dan penulis lirik yang terlibat dalam album ini ialah Datuk Adnan Abu Hassan, Jeff (A to Z), Alfa Booty, Khalil, Syeikh Qalam, Nira Aria, Aesar Mustafa, Faizol Rock dan juga Hudson Gan.
Tags / Kata Kunci: Azmir Arif

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan