Persembahan Pentatonix Pukau 4,000 Penonton

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 4:30 AM

Pentatonix

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Pentatonix yang popular menerusi laman sesawang YouTube berjaya menghiburkan 4,000 peminat di Malaysia dalam siri jelajah konsert The On My Way Home yang diadakan di Stadium Negara, di sini, pada Sabtu lalu.

Pentatonix atau dikenali sebagai PTX merupakan kumpulan akapela yang berjaya membuktikan kemampuan mereka setanding dengan barisan artis ternama biarpun lahir menerusi YouTube.

PTX dianggotai lima anak muda Amerika Syarikat yang iaitu Scott Hoying, Mitch Grassi, Kirstie Maldonado, Avi Kaplan serta Kevin Olusola yang juga turut tampil sebagai kameo dalam filem Pitch Perfect 2.

Seperti dijanjikan konsert berkenaan bermula pukul 8 malam dan peminat mula histeria dengan laungan PTX sehingga ia bergema seluruh stadium sebelum mereka muncul di atas pentas.



Mereka memulakan persembahan dengan nyanyian lagu Problem milik Iggy Azalea dan diteruskan dengan lagu-lagu popular Beyonce yang dibawa secara medley buat penonton.

Setiap rentak yang didengar amat memukau seolah mereka menggunakan muzik latar yang hebat sedangkan pada persembahan tersebut mereka hanya menghasilkan muzik menerusi gerak bibir sahaja.

Lagu lain yang dinyanyikan pada konsert tersebut ialah Telephone, La la latch, Love You long time, Rather be, Papaoutai, Aha!, Four five seconds, Breakfree / See Thru, Evolution of Music dan Standing by.

Pujian harus diberikan sewaktu mereka menyampaikan lagu Opera Moment yang penuh bertenaga dan sangat mengagumkan kerana nyanyian dinamik serta lagu tersebut mempunyai alunan elemen klasik dan bit moden.

Ahli kumpulan PTX, Kevin Alusola membuat persembahan istimewa sewaktu kemuncak konsert dengan bermain alat muzik selo secara solo bertajuk Julio-O dan gabungan bunyi alat muzik itu bersama rentak mulutnya memberi aura luar biasa.



Menerusi konsert jelajah ini, nyanyian mereka sentiasa berterusan dari satu lagu ke satu lagu tanpa henti.

Namun momentum mereka berkekalan dari mula sehingga ke akhir konsert dan langsung tidak menghampakan peminat.

PTX juga turut mendendangkan beberapa lagu mereka sendiri seperti lagu terbaru On My Way Home dan That’s Christmas To Me yang menerima sambutan menggalakan daripada peminat.

Bagi persembahan terakhir, PTX mendendangkan lagu Daft Punk yang menaikkan nama mereka dalam industri muzik setelah muzik video lagu tersebut mendapat 137 juta tontonan di You Tube.

Pentatonix akan meneruskan siri jelajah konsert di Singapura pada Isnin (hari ini) dan beberapa negara asia seperti Indonesia, Filipina serta Jepun.

Konsert siri jelajah Pentatonix The On My Way Home di Malaysia ini dianjurkan oleh BlackCat Live dan The Wonderland.

Terdahulu, PTX baru saja memenangi anugerah Penyusunan Muzik Terbaik di (57th Grammy Awards), Muzik Nyanyian Semula Terbaik (Streamy Awards), Artis Tahunan (YouTube Music Awards) dan Pemuzik Terbaik (Shorty Awards).
Tags / Kata Kunci: Pentatonix

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan