Nizam Zakaria Akui Sukar Mengarah Pelakon Cilik

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2015 5:30 AM

Nizam mengakui sukar untuk mengarahkan pelakon kanak-kanak dan menyifatkan ia sebagai satu cabaran.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah Nizam Zakaria mengakui sukar mengarahkan pelakon membabitkan kanak-kanak kerana perwatakkan mereka sangat aktif dan berbeza-beza.

Nizam berkata demikian selepas berkongsi pengalaman mengarahkan drama bersiri, Strawberi & Karipap musim pertama dan kedua yang dilakonkan Mia Sara dan Rykarl Iskandar.

“Mengarah kanak-kanak sangat mencabar kerana kita kena memahami karakter mereka dan perangai setiap daripada mereka juga berlainan.

“Bagi saya sebagai seorang pengarah, banyak kerja perlu dilakukan dan boleh kata tiga kali ganda bebannya kerana mereka perlu menjalani latihan lebih kurang 30 minit sebelum pengambaran,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Nizam, pelakon cilik juga berbeza berbanding dengan pelakon dewasa kerana perhatian dan tunjuk ajar perlu diberikan untuk menghayati skrip diberikan.

Selain itu, Nizam berkata, dia tidak mengharapakan pelakon kanak-kanak bergerak sendiri tanpa panduan dan tunjuk ajar darinya.

Barisan pelakon kanak-kanak dalam drama bersiri Strawberi & Karipap.

“Bagi pelakon dewasa, pengarah tidak perlu risau pasal skrip kerana mereka mampu memahami sendiri watak diberikan berbanding dengan pelakon kanak-kanak.

“Senang cerita saya tidak boleh lepas tangan mengharapkan pada kanak-kanak ini dengan skrip diberikan sahaja,” katanya.

Menerusi drama Strawberi & Karipap musim kedua ini, Nizam turut memperkenalkan pelakon cilik baharu, Jelita yang juga merupakan anak saudaranya.

Jelita mula mendapat perhatian selepas dia memuat naik foto kanak-kanak berkenaan di laman sosial milinya.

“Saya ada memuat naik gambar Jelita sewaktu pengambaran drama Bibi Ana Milik Siapa dan kemudian pihak penerbit tertarik untuk menjadikan jelita sebagai pelakon.

“Pun begitu saya meminta kebenaran ibu jelita iaitu adik saya, dia bersetuju dan dari situlah bermulanya karier Jelita sebagai seorang pelakon,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nizam kini sibuk mengarahkan drama dan telefilem untuk televisyen dan berehat seketika dari industri perfileman selepas mengarahkan Cinta Kura-kura, Kahwin 5 dan Chikaro.

Tambahnya, dia belum membuat perancangan untuk menghasilkan novel terbaharu walaupun hasil karyanya Awang Vampiro, Cinta Tanpa Noktah dan Susuk mendapat sambutan hebat daripada pembaca.

Tags / Kata Kunci: Nizam Zakaria , Strawberi & Karipap.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan